Utama Berita Automotif Suzuki GSX-8T & GSX-8TT menang anugerah Red Dot di Jerman

Suzuki GSX-8T & GSX-8TT menang anugerah Red Dot di Jerman

6

Dua model street bike Suzuki, iaitu GSX-8T dan GSX-8TT berjaya merangkul Red Dot Award dalam kategori Product Design, salah satu anugerah reka bentuk paling berprestij di dunia yang berpangkalan di Jerman.

Red Dot Design Award yang bermula sejak 1955, menilai produk dari pelbagai industri berdasarkan sembilan kriteria termasuk inovasi, fungsi, ergonomik, ketahanan, impak emosi dan keserasian ekologi.

GSX-8T dan GSX-8TT dipilih kerana berjaya menggabungkan elemen visual klasik Suzuki ke dalam reka bentuk moden yang lebih kemas dan tersusun.

Ini juga merupakan kali pertama produk Suzuki memenangi anugerah ini.

Menurut Takashi Ise, Pengurus Besar Eksekutif Operasi Motosikal Suzuki berkata, “Kami berbesar hati kerana GSX-8T dan GSX-8TT menerima anugerah Red Dot.

“Kedua-dua model ini merupakan motosikal neo‑retro yang menggabungkan elemen ikonik Suzuki dengan prestasi moden. Direka untuk pelbagai situasi tunggangan — dari harian hingga touring — ia menawarkan keseronokan kepada penunggang dengan gaya hidup berbeza.

“Suzuki akan terus menghasilkan produk yang memuaskan pelanggan dari segi prestasi dan reka bentuk.”

Kedua-dua model dilengkapi enjin parallel-twin 776cc menghasilkan kuasa 82.9 ps pada 8,500 rpm dengan tork puncak 78Nm pada 6,800 rpm.

Perbezaan yang ketara ialah dari segi rupa, di mana GSX-8T membawakan penampilan neo-retro yang lebih elegan, manakala GSX-8TT pula lebih ranggi dan sporti menyerupai motosikal lumba vintaj seperti GS1000S dari era akhir 1970-an.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here