Cuci kereta sambil cuci mata, awek cantik tolong cuci kereta percuma untuk 10 terawal setiap Jumaat

2898

Kebiasaannya wanita tidak boleh lari dengan perhiasan, kecantikan. Namun berbeza di Pusat cuci kereta, Detailmode Carwash yang mencipta kelainan tersendiri apabila pemilik dan pekerja nya terdiri daripada golongan wanita.

Yang lebih menarik ia menawarkan perkhidmatan cuci kereta percuma yang terhad kepada 10 buah kenderaan terawal pada setiap hari Jumaat di lokasi berhampiran Plaza Tol Kuantan.



Selain keistimewaan yang ditawarkan pada hari jumaat, kepada pelanggan yang menjadi ahli Detailmode Carwash turut akan diberikan 20 peratus diskaun perkhidmatan. Secara tidak langsung tawaran tersebut dapat menghargai pelanggan dan memberi peluang untuk mendapatkan servis percuma.

PandemikCovid-19 yang melanda dunia sejak setahun lalu banyak memberi kesan kepada sektor ekonomi termasuk ramai golongan wanita yang kehilangan kerja, jelas inisiatif tersebut membuka peluang pekerjaan dan membantu rakan-rakan wanita lain yang turut terjejas.

“Pembukaan perniagaan ini bagi membuka peluang pekerjaan dan membantu rakan-rakan wanita lain yang turut terjejas akibat wabak itu,” kata Pengarah Urusannya, Alia Fasha.

Alia Fasha bersama beberapa rakan wanitanya memulakan operasi pusat cucian kereta itu seminggu lalu sudah mempunyai perancangan untuk membuka dua lagi cawangan Detailmode Carwash yang menggunakan konsep sama di sekitar pusat bandar Kuantan dan Pekan

“Pelanggan yang ingin mengetahui lanjut dan membuat temu janji mencuci kereta, boleh hubungi kami di talian 01137470518,” kata Alia Fasha.

BACA>>[Video] Tukang cuci kereta pelik, jenuh tonyoh kotoran tak hilang rupanya

BACA>>Beberapa masalah permukaan cat kereta yang mampu diselesaikan dengan kaedah polish

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here