CFMoto masuk Moto3 musim depan?

1263

CFMoto, pengeluar motosikal asal China bakal mencipta sejarah apabila dikatakan akan menyertai Kejohanan Dunia Moto3 musim depan.

Berita yang dikhabarkan oleh Speedweek.com itu menyatakan CFMoto bakal bekerjasama dengan Stefan Pierer iaitu Ketua Pegawai Eksekutif KTM.

Stefan Pierer

Syarikat motor China itu tidak akan bersaing menggunakan jentera serba baharu tetapi akan menggunakan model KTM yang dinamakan semula dengan sokongan GasGas dan Husqvarna.



Kerjasama antara Pierer Mobility dan CFMoto bermula pada 2017 yang mana baru-baru ini mereka merasmikan kilang baharu di Hangzhou dengan kapasiti pengeluaran 50,000 motosikal setahun.

KTM dengan rakan kerjasama itu menyasarkan pasaran China menerusi pengeluaran motor  750cc dan 900cc silinder berkembar dan juga motosikal sesaran kecil. 

Jenama baharu dalam sukan permotoran itu berkemungkinan akan membuat penampilan sulung dalam kelas kadet.

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here