CFMoto 700CL-X Heritage (2021) di pusat jualan November depan, harga RM28k

1857

Pengedar rasmi motosikal CFMoto di Malaysia, KTNS Holdings Sdn Bhd mengumumkan ketibaan 700CL-X Heritage (2021) ke pasaran tempatan.

Motosikal tersebut akan mula berada di pusat jualan pada bulan November depan. Ditawarkan dengan pilihan warna Coal Grey dan Twilight Blue, harga jualan 700CL-X adalah RM28,800 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).

Produk keluaran China itu didatangkan dengan enjin 693cc parallel twin dua silinder yang menghasilkan kuasa 73hp @ 8,500rpm dan tork 68Nm @ 6,500rpm.



Penghantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi kotak gear 6-kelajuan bersama klac jenis slipper dan sistem rantai.

CFMoto memilih sistem pancitan bahan api jenama Bosch dan teknologi terotel elektronik yang digabungkan dengan sensor ketepatan tinggi bagi kecekapan penggunaan bahan api. 

Untuk keselesaan tunggangan, 700CL-X Heritage dilengkapi dengan suspensi fork terbalik (USD) Kayaba boleh laras (depan) dan monoshock Kayaba (belakang). 

Kecekapan menghentikan atau memperlahankan jentera ditugaskan kepada sistem cakera tunggal dengan angkup daripada J Juan bersama Sistem Brek Anti Kunci (ABS) Continental.

Motosikal seberat 196kg itu didatangkan dengan tayar Pirelli bersaiz 110/80-R18 (depan) dan 180/55- R17 (belakang). 

Demi ketenangan minda pemilik, CFMoto 700CL-X Heritage (2021) dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti:

Perlindungan Nyalaan: Motosikal hanya boleh dihidupkan ketika pada gear neutral atau tarikan klac dan posisi tegak. 

Mod Limp: Sekiranya sensor gagal berfungsi, mod Limp akan mengehadkan kelajuan enjin supaya pemandu boleh menunggang pada kelajuan selamat tanpa tersadai di jalan. 

Sensor Rollover:  Sensor akan mematikan enjin secara automatik sebaik penunggang turun daripada motor. 

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here