JPJ tawar diskaun saman hingga 70 peratus bermula hari ini!

1349

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-64 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan diskaun pembayaran saman sehingga 70 peratus bagi semua saman kompaun.

Tawaran berkenaan bermula hari ini dan berakhir 16 September. Pengurangan kompaun itu sah bagi kesalahan di bawah:



  • Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)
  • Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334)
  • Kaedah-Kaedah dan Perintah-Perintah di bawahnya termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam

Bagaimanapun, tawaran itu tidak terpakai bagi kes yang masih dalam sebutan mahkamah termasuk status waran tangkap atau perbicaraan.

JPJ menerusi kenyataan akhbar berkata pengurangan ke atas notis saman tersebut berdasarkan kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem mySIKAP JPJ.

“Tawaran ini turut diberikan kepada semua saman yang masih aktif dan tempoh kompaun masih berkuat kuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh yang diberikan.”

Urusan pembayaran boleh dibuat di semua pejabat JPJ negeri, cawangan dan UTC, kiosk atau secara atas talian (online) melalui portal mySIKAP JPJ.

Bagi pesalah lalu lintas yang  disenarai hitam dikehendaki hadir semula ke pejabat JPJ cawangan atau negeri bagi tujuan proses dokumentasi semula sebelum urusan pembayaran.

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here