JPJ: Pemandu kereta peribadi tak wajib pakai kasut, hanya kenderaan komersial saja?

3213

Persoalan tentang perlu memakai kasut atau selipar bagi pemandu kenderaan peribadi terjawab apabila tiada undang-undang mewajibkan berbuat demikian.

Isu berkenaan timbul selepas satu video tular menunjukkan seorang polis trafik memeriksa pemandu kereta di Pulau Pinang yang didapati tidak memakai kasut.

Gambar hiasan

Penguatkuasa pengangkutan menjelaskan, mengikut undang-undang kasut hanya wajib bagi pemandu kenderaan komersial.



Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata, adalah satu kesalahan sekiranya berkaki ayam bagi pemandu kenderaan perkhidmatan awam (PSV) seperti teksi, bas, lori dan kenderaan e-hailing. 

Seorang jurucakap JPJ berkata mengikut undang-undang pemandu PSV boleh didenda RM150 kerana tidak berpakaian kemas dan/atau tidak memakai kasut semasa memandu.

Pemandu PSV boleh diperiksa dari masa ke semasa di bawah peruntukan Kaedah-kaedah Kenderaan Perkhidmatan Awam (Pelesenan dan Kelakuan Pemandu, Konduktor dan Penumpang) 1959.

“Bagaimanapun, kesalahan tidak memakai kasut ketika memandu PSV, tiada peruntukan spesifik yang menyatakan berhubung larangan pemakaian selipar termasuk di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1957,” kata jurucakap tersebut. 

Meskipun undang-undang tidak mewajibkan pemakaian kasut ketika memandu kereta peribadi, perbuatan itu tidak betul dan boleh mendatangkan masalah. Misalnya United Kingdom yang akan menyaman pengguna yang menggunakan selipar. 

Ahli akademik automotif Chew Kim Loong berkata, saranan agar memakai kasut ketika memandu bertujuan mengelak kesilapan penggunaan pedal dan kerap kemalangan berpunca daripada itu.

Katanya, kasut memandu yang ideal tidak terlalu tebal atau nipis dengan cengkaman yang cukup untuk menekan pedal dan pemandu merasai sejauh mana pedal ditekan atau dilepaskan selain membantu menekan brek dengan kuat dalam situasi kecemasan.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here