Ini 9 undang-undang jalan raya paling pelik dari seluruh dunia

3681

Undang-undang jalan raya dikuatkuasakan oleh setiap kerajaan di seluruh dunia bagi memastikan keselamatan penggunanya.

undang-undang jalan raya

Antara undang-undang paling asas ialah berhenti di lampu merah, patuhi had laju dan tidak makan dan minum semasa memandu. Terdapat juga denda dengan kadar tertentu, yang perlu dibayar oleh individu yang melanggar undang-undang ini.



Namun, apa yang kami akan kongsikan disini ialah undang-undang jalan raya yang pelik dan tidak masuk akal, yang dikuatkuasakan di sesetengah negara.

Berikut ialah 9 undang-undang jalan raya yang pelik dari pelbagai negara di seluruh dunia:

1. Angka terakhir nombar plat menentukan masa memandu

Di Filipina, pemandu kenderaan dengan nombor plat yang berakhir dengan angka 1 dan 2 dilarang untuk memandu di waktu kemuncak (antara jam 7-10 pagi dan 3-7 malam) pada hari Isnin. Manakala kenderaan dengan nombor plat yang berakhir dengan angka 3 dan 4 pula dilarang memandu pada waktu yang sama pada hari Selasa.

undang-undang jalan raya

Kenderaan dengan nombor plat yang berakhir dengan angka 5 dan 6 pula dilarang memandu di waktu yang sama pada hari Rabu dan seterusnya.

Undang-undang ini dikuatkuasakan di Filipina, bertujuan untuk mengelakkan jumlah kereta yang banyak berada di jalan raya pada waktu kemuncak kerana jumlah penduduk mereka yang sangat padat.

2. Kenderaan perlu sentiasa berada dalam keadaan bersih

Penduduk di Russia sangat sinonim dengan kebersihan kereta mereka. Seseorang yang memandu kenderaan yang kotor di Russia akan dikenakan denda sebanyak USD37.50 (RM155).

undang-undang jalan raya

Mencuci kereta di tempat lain selain dari rumah atau tempat basuh kereta yang ditetapkan juga merupakan satu kesalahan.

3. Wajib meletakkan kedua-dua tangan pada stereng

Pemandu kenderaan di Cyprus diwajibkan untuk meletakkan kedua-dua tangan di stereng.

Undang-undang ini dikuatkuasakan bagi mengelakkan pemandu makan dan minum semasa memandu. Apa yang lebih pelik, seseorang juga dilarang untuk meletakkan tangan di atas pintu kenderaan semasa memandu, walaupun tidak makan atau minum.

4. Pantau sekeliling kenderaan sebelum memandu

Di Denmark, sebelum menghidupkan enjin, seseorang pemandu wajib memastikan tiada kanak-kanak berada di sekeliling atau dibawah kenderaan mereka. Masih belum dipastikan bagaimana undang-undang ini dijalankan.

Bagaimanapun, undang-undang ini sangat relevan dikuatkuasakan kerana mengutamakan keselamatan orang lain sebelum memandu.

5. Perlu sentiasa buka lampu

Scandinavia (Norway, Denmark dan Sweden) menguatkuasakan undang-undang yang mewajibkan kesemua pemandu kenderaan sentiasa menyalakan lampu walaupun di siang hari, tanpa mengira keadaan cuaca. 

Ini kerana Scandinavia mengalami waktu gelap sepanjang musim sejuk. Jadi pihak pemerintah menguatkuasakan undang-undang ini sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

6. Beri laluan kepada haiwan

Di Afrika Selatan, selain manusia, haiwan juga mempunyai hak terhadap penggunaan jalan raya. Seseorang pemandu akan didenda sehingga USD500 (RM2,000) jika tidak memberi laluan kepada haiwan yang melintasi jalan raya.

7. Dilarang memandu dalam keadaan mata tertutup

Di Alabama, adalah satu kesalahan jika seseorang memandu dalam keadaan mata tertutup. Pelik juga kan, bukankah perkara ini tidak perlu diberitahu?

Manakala di California, sesebuah kenderaan yang menggunakan pemanduan autonomi tidak dibenarkan melebihi had laju 100km/j.

8. Sentiasa pakai baju ketika memandu – Thailand

Walau sebarapa panas sekalipun, seseorang tidak dibenarkan memandu tanpa memakai baju di Thailand. 

9. Perempuan dilarang memandu – Arab Saudi

Walaupun kedengaran agak pelik, Arab Saudi adalah satu-satunya negara yang tidak membenarkan golongan perempuan untuk memandu. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here