Ibu panik tiga anak terperangkap dalam Proton Exora

1089

Paling menakutkan apabila sesetengah ibu bapa terlupa dan meninggalkan kanak-kanak di dalam kereta selama berjam-jam lamanya.

gambar hiasan

Apa yang menyedihkan, kes kecuaian sebegini boleh mendatangkan maut akibat kepanasan atau kekurangan oksigen kerana dibiarkan terlalu lama dalam kenderaan.

Seperti mana yang tular baru-baru ini, seorang wanita berdepan detik cemas apabila tiga anak lelakinya termasuk sepasang kembar terperangkap di dalam sebuah Proton Exora berkunci di Taman Perpaduan, Ipoh semalam.



Difahamkan, kejadian berlaku ketika ibu kanak-kanak tersebut ‘meninggalkan’ anaknya di dalam MPV itu sementara dia membeli kuih.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Khairuddin Hussin berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu pada pukul 5:21 petang.

terperangkap proton exora

Katanya, ketika anggota tiba di lokasi kejadian, didapati kembar berusia tujuh tahun itu sedang tidur manakala adik mereka yang berusia dua tahun sedang leka bermain.

“Anggota bomba cuba mengejutkan pasangan kembar itu dengan mengetuk cermin kereta namun gagal sebelum kami menggunakan peralatan khas bagi membuka pintu kenderaan tersebut.

“Tiga beradik itu terperangkap kira-kira 20 minit dalam kenderaan yang enjinnya tidak dimatikan sebelum menghubungi bomba untuk bantuan,” katanya.

Menurut beliau, ketiga-tiga mereka tidak mengalami kecederaan dan diserahkan semula kepada ibunya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here