“Tiba-tiba nampak lantai dah warna merah,” wanita kongsi detik cemas Proton Exora terbakar ketika pandu

233

Seorang wanita berkongsi pengalaman mendebarkan apabila Proton Exora miliknya terbakar ketika sedang dipandu di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), baru-baru ini.

“Kenangan indah bersamamu…tinggal kenangan, Exora CPS tiba-tiba terbakar dekat highway WCE, Johor ke Teluk Intan.

“Banyak jasamu, kecundang jua akhirnya,” tulisnya di grup Facebook EOCM (EXORA OWNERS CLUB MALAYSIA).



Surayya Khalid menjelaskan dia hanya menyedari kejadian tersebut apabila melihat cahaya api dari bawah lantai pemandu.

Oleh kerana kejadian berlaku cukup pantas, kenderaannya hangus terbakar sepenuhnya. 

“Tiba-tiba nampak lantai dah warna merah,” jawabnya di ruangan komen menyatakan tidak terbau asap ketika dalam kabin. 

Surayya turut menyatakan tidak melakukan sebarang modifikasi pendawaian pada Proton Exora model 2010 miliknya itu.

“Kereta standard.

“Tiba-tiba terbakar, alhamdulilah masih diberi peluang untuk hidup,” jelasnya yang tidak sempat memadamkan kebakaran berikutan api marak.

Susulan perkongsian itu, rata-rata ahli EOCM mencadangkan pemilik menyediakan pemadam api di dalam kenderaan.

Sebelum ini, pada 2016 Proton memanggil balik 94,577 kenderaannya susulan masalah hos minyak penyejuk CFE. 

Sebanyak 59,663 unit Exora yang terkesan selain Preve dan Suprima S. Proton mengakui kesilapan mereka dan menggantikan hos dari jenis AEM (Ethylene Acrylic) ke ACM (Polyacrylate). 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here