“Dah cuba semua MPV, tak boleh tanding Exora,” pemilik Exora CFE terbakar

2100

September alu Motoqar melaporkan tragedi Proton Exora CFE (2013) yang terbakar ketika diparkir di depan rumah.

Situasi itu tidak membuatkan pemilik MPV berkenaan serik untuk membeli jenama nasional berkenaan. Bahkan Izan Jan turut memilih model yang sama bagi menggantikan kereta yang musnah. 



Benarlah apa yang dikatakan pemilik Proton, sekali guna Proton pemilik tetap akan memilih jenama sama walaupun masih banyak lagi pilihan lain yang ada di pasaran.

Izan memberitahu membeli Proton Exora RC2 semalam (3 November) walaupun sudah mencuba beberapa jenama lain namun masih tidak dapat menandingi MPV tersebut.

“Saya tetap membeli Exora jugak. Ini model terbaru..premium. Ada yang tanya kenapa tak beli model lain, saya cakap dah try model MPV lain yang saya mampu milik tidak ada setanding Exora.

“Tak percaya tanya lah pada pemilik Exora lain apa kelebihan dia.. Kalau bercakap bab rosak-rosak ni, semua kereta ada kelemahan apa pun kita jaga elok-elok,” kongsinya di grup Facebook EOCM (EXORA OWNERS CLUB MALAYSIA).

Perkongsian itu disokong oleh pemilik MPV tersebut yang berpuas hati dengan keselesaan dan ruang yang ditawarkan di samping harga berpatutan.

“Saya pernah jumpa dua customer saya yang Exora dorang terlibat dalam banjir teruk di Selangor aritu…dorang dah bawak family g try macam-macam jenis MPV.

“Last anak-anak dan wife tetap pilih Exora, beli balik Exora second dan buat pemasangan aksesori kat saya,” kata Faizal Abdul Hamid.

“Dah serasi susah nak beralih.. apapun Exora memang sedap,” komen Khalim Miswan.

Sementara itu, di bahagian komen Izan turut berkongsi hasil laporan siasatan bomba yang menyatakan kegagalan fungsi bateri Exora merupakan punca berlakunya kebakaran dan anggaran kerugian yang ditanggung adalah RM30,000.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here