Proton Exora CFE terbakar depan rumah, pemilik hairan kejadian berlaku ketika enjin mati

4019

Seorang pengguna Facebook, Izan Jan berkongsi pengalaman sedih apabila MPV Proton Exora miliknya terbakar secara tiba-tiba.

Kisah malang itu dikongsi di grup EOCM (EXORA OWNERS CLUB MALAYSIA) yang mana kejadian berlaku di parkir rumahnya. 



“Wife parking kereta macam biasa selepas ambil anak dari sekolah dalam keadaan enjin dimatikan.

“Dalam setengah jam jiran beritahu wife, kereta di beranda rumah terbakar dan api dah mula marak. Wife call bagi tahu saya dan saya bergegas balik dari kerja dan bila sampai dapati api dah padam sepenuhnya oleh jiran dan bomba,” tulisnya.

Bagaimanapun, dia bersyukur kejadian berlaku bukan ketika isterinya memandu kenderaan tersebut.

Tambahnya, Proton Exora Bold CFE (2013) itu masih lagi standard tanpa modifikasi tambahan bahkan kebakaran berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang petanda awal.

“Saya sebenarnya tidak pasti puncanya, cuma apa yang pihak bomba maklum hasil siasatan, punca disebabkan litar pintas dari bateri,” kongsinya menunggu laporan penuh bagi menuntut pampasan daripada insurans.

KEJADIAN BUKAN PERTAMA KALI

Difahamkan kejadian sedemikian bukan pertama kali berlaku. Susulan perkongsian itu beberapa pengguna Proton Exora turut menceritakan masalah yang dihadapi. 

“Tu ari saya punya kereta punca moto kipas jem, pastu terbakar sendiri, nasib perasan lepas parking ada asap keluar macam bau wayar, cepat-cepat buka bateri, selamat,” tulis Ejal BP.

Sementara seorang lagi pemilik Exora, Aelek Sandar Samuri berkata pernah mengalami situasi paip petrol daripada tangki keretanya bocor. 

“Alhamdulilah sempat perasan, bila zora ada bau petrol, ada geseran di bahagian enjin,” tulisnya.

“Dua biji keta kawan sayapun terbakar PKP hari tu, dua-dua tahun 2013 dan standard tak ubah apa-apapun, rimpun masih ori kilang,” kongsi Nasrul Hafiza. 

Kebanyakan pengguna media sosial berkongsi hos minyak belakang badan terotel Exora tahun 2012 dan 2013 akan bergesel dan bocor apabila sudah terlalu lama.

Sekiranya berlaku kebocoran, petrol yang menitis pada ekzos di bawah badan terotel boleh mengakibatkan kebakaran.

“Model 2012 dan 2013 checkla hose minyak belakang throttle body lama-lama hos bergesel dan bocor..bila bocor petrol menitis atas ekzos betul-betul kat bawah, sebelum ini viralkan dalam grup ni, ramai da kawan-kawan balut hose fuel tu..korang check la ye,” komen Faizal Vossen II. 

Kebanyakan daripada mereka menasihati pemilik melakukan pemeriksaan pada komponen tersebut dan membalut hos minyak berkenaan.

“Adaptor starter bang..untuk spacekan harness dari melekat kat body starter…tu punca utama kebakaran Exora selain hose petrol, fuse box, socket radiator,” kongsi seorang wargamaya. 

“Ya..betul hos minyak bergesel dan terhakis. Besar jugak lubang hakisan tu. Original kilang, pasang hos tu ikut laluan yang tak selamat.

“Alhamdulillah dpt hidu bau dan sempat tukar. Hos minyak Exora ni guna plastik je dr enjin sampai ke tangki. Part ni lak jenis clip cam penapis air tu. Tapi laluan hos dah di adjust supaya tak kena enjin,” komen Dmasiv Garage Steel Works. 

PROTON PANGGIL BALIK EXORA

Sementara itu, pada 2016 Proton pernah mengadakan kempen panggil balik 94,577 kenderaannya susulan masalah hos minyak penyejuk CFE. 

Sebanyak 59,663 unit Exora yang terkesan selain Preve dan Suprima S. Proton mengakui kesilapan mereka dan menggantikan hos dari jenis AEM (Ethylene Acrylic) ke ACM (Polyacrylate). 

Hos itu dikatakan berisiko pecah apabila kenderaan mencapai perbatuan 40,000km kerana bahan dalam hos yang rosak akibat kandungan pelincir yang menjadi asid.

Hos tersebut juga tidak mampu menahan suhu melebihi 150 darjah Celcius. Antara punca lain ialah penggunaan aditif, tidak mengikut servis berjadual, jenis pelincir dan bahan AEM yang digunakan menyerap pelincir.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di:https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here