#TahukahAnda: Ini pengalaman pemilikan di Ingress Auto yang ramai tidak tahu

5720

Pengalaman pemilikan secara keseluruhan bagi jenama kenderaan adalah penting untuk mendapatkan keyakinan pelanggan.

Selain daripada layanan mesra ketika membeli kereta, penjagaan perkhidmatan selepas jualan juga perkara yang perlu diberi perhatian.

Ini yang pelanggan mahukan, bukan sekadar jual kenderaan berteknologi tinggi semata-mata, tetapi pada masa sama menyediakan servis ‘tip-top’ selepas memiliki kenderaan itu.



INILAH PERKHIDMATAN YANG DITAWAKAN INGRESS AUTO

Pernahkah anda dengar mahupun mengunjungi pusat jualan Ingress Auto?. Individu yang menetap sekitar Puchong mahupun Damansara mungkin tahu atau pernah melihat pusat jualan berkenaan. 

Ingress Auto juga merupakan wakil jualan sah jenama BMW dan MINI. Tahukah anda Ingress Auto merupakan sebuah syarikat bumiputera dan pernah mencatatkan rekod jualan tertinggi kereta Jerman di pasaran tempatan. 

Ingress Auto memiliki dua cawangan pengedar kenderaan BMW iaitu di Puchong dan Damansara. Selain itu, mereka juga pengedar kenderaan MINI serta memiliki butik MINI eksklusif di Malaysia yang terletak di tengah-tengah Bangsar. 

PEMILIKAN TIDAK BERAKHIR SELEPAS PENYERAHAN KENDERAAN

Di Ingress Auto, tiada istilah lepas tangan atau abaikan pelanggan selepas menyerahkan kenderaan. Prinsip syarikat mahukan hubungan antara pelanggan sentiasa terjalin, sekali gus mengukuhkan lagi keyakinan terhadap jenama berkenaan.

Justeru itu, ia menjadi tanggungjawab Ingress Auto menyediakan perkhidmatan selepas jualan untuk membantu pelanggan menyelenggarakan kenderaan masing-masing mengikut jadual ditetapkan.

Di BMW Puchong dan Damansara seumpamanya, anda tidak perlu bimbang kerana servis selepas jualan sangat menyakinkan kerana ia memiliki barisan juruteknik terlatih yang diiktirafkan oleh BMW, selain menggunakan alat ganti tulen.

BMW Puchong pula lokasinya sangat strategik kerana terletak di Bandar Puteri Puchong. Ia sangat mudah diakses penduduk sekitar terutama yang tinggal di Puchong, Bukit Jalil, Subang, Cyberjaya, Putrajaya, Kajang, Serdang, Sri Kembangan, Shah Alam dan Kinrara.

Buat peminat kenderaan berprestasi dan elektrik pula, di situ juga lokasi untuk anda melihat barisan  terkini BMW untuk model-model dalam siri keluarga M dan i.

Selain itu, Ingress Auto juga menawarkan kemudahan one stop centre atau kemudahan banyak servis di satu lokasi. 

Di satu tempat pelanggan bukan saja boleh melakukan penyelenggaraan berjadual bahkan baik pulih badan serta semburan cat. Tidak terhad buat kenderaan kemalangan, bahkan servis itu turut melibatkan restorasi kenderaan lama.

Buat peminat kenderaan lama atau berusia, ini peluang anda untuk menjadikan kereta anda tampak baharu seolah-olah baru keluar dari kilang!.

PERKHIDMATAN PRODUCT GENIUS

Barisan kenderaan BMW terutama model baharu sebenarnya sangat padat dengan teknologi terkini dan kurang difahami terutama bagi orang biasa.

Bagi menyelesaikan masalah itu, Ingress Auto menawarkan perkhidmatan Product Genius kepada pelanggan yang mahu mendalami tentang ciri-ciri yang ada pada kereta BMW.

Product Genius menugaskan seorang individu yang berkemahiran tinggi dan terlatih dengan aspek teknikal serta keistimewaan produk BMW.

Mereka akan menerangkan secara terperinci kepada pelanggan berkaitan fungsi, teknologi dan ciri peralatan kenderaan pada hari penyerahan kereta.

Walaupun hanya tersedia di Ingress Auto Damansara, Product Genius ini fleksibel yang mana boleh berada di lokasi mengikut permintaan.

TAWARAN LAIN

Seiring dengan tawaran kenderaan elektrik, BMW Damansara turut menyediakan pengecas pantas DC yang bukan sahaja terhad buat pemilik BMW, tetapi juga boleh digunakan jenama kereta lain. 

Tidak lupa Ingress Auto juga menawarkan servis BMW Premium Selection yang menyeluruh kepada pemilik yang mahu menukar kenderaan mereka kepada sebuah BMW atau MINI serba baharu atau model terpakai.

GALERI

Ingress Auto MINI

Ingress Auto BMW Puchong

Ingress Auto BMW Damansara

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di:https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here