Proton Exora bakal guna enjin baharu?

2314

Kenderaan pelbagai guna (MPV), Proton Exora dijangka dilakukan perubahan kecil untuk tampil imej lebih segar.

MPV itu juga kenderaan paling lama yang masih bertahan bagi keluaran Proton selepas sudah 13 tahun berada di pasaran tempatan.

Buat masa ini, hanya Exora sahaja yang masih menggunakan logo lama Proton dalam rangkaian produk jenama berkenaan.



Jumlah pengeluaran Exora buat masa ini hanya 400 sehingga 500 unit yang masih lagi mempunyai permintaan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, Exora akan datang logo serta tambahan ciri baharu, tetapi hanya mengalami perubahan kecil, tidak seperti pembaharuan yang dilakukan seperti Saga 2022.

Ketika ditanya sama ada Exora bakal menggunakan enjin baharu, Roslan berkata, pasukannya sedang mengkaji rangkaian kuasa mana yang bakal digunakan, lagi pun MPV itu bukannya dibina untuk dipadankan enjin lain.

Menurutnya, pihaknya masih mengadakan perbincangan dalaman mengenai sejauh mana reka bentuk semula itu.

Katanya, pihaknya perlu menyakinkan pihak pengurusan bahawa pembaharuan yang dilakukan perlu menjana jumlah jualan meningkat berapa peratus sebelum pelaburan dilakukan.

Buat masa ini, Proton memiliki dua enjin sama ada 1.8 liter turbo yang digunakan pada model X70 atau 1.5 liter turbo untuk X50.

Exora yang dijual di pasaran kini menggunakan enjin Campro CFE 1.6 liter pengecas turbo dengan padanan kotak gear CVT.

Pada 2019, Proton melancarkan Exora RC diperkenalkan. RC bermaksudRunning Change dan membawakan penambahbaikan meliputi perubahan rekaan, peningkatan komponen kualiti serta ciri-ciri pintar.

Baca juga artikel ini:

Imej paten Geely Jia Ji facelift bocor, bakal jadi model bayangan Exora?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here