Proton Saga (2022) dah ada di pusat jualan, harga sedikit meningkat…Ini tawaran spesifikasi setiap varian

5394

Selepas beberapa informasi, imej dan risalah Proton Saga (2022) bocor di alam maya, akhirnya pengeluar kenderaan nasional tersebut rasmi melancarkan sedan berkenaan sebentar tadi.

Menggunakan kod nama MC2 (Minor Change 2), sedan segmen-B itu didatangkan dengan tiga pilihan varian iaitu:



  • Proton Saga Standard (MT/AT): RM34,400/ RM38,300
  • Proton Saga Premium: RM41,300
  • Proton Saga Premium S: RM44,300

Proton Saga menerima luaran badan yang lebih segar, kabin yang direka semula dan beberapa ciri peralatan baharu.

Sementara daripada segi harga, ada sedikit kenaikan berbanding sebelumnya yang mana Standard MT meningkat sebanyak RM2000, diikuti Standard AT (RM3,000) dan Premium (RM2,000). 

Berikut tawaran spesifikasi mengikut varian:

Proton Saga Standard (MT)

Saga Standard MT merupakan satu-satunya varian manual bagi barisan model Proton selepas Iriz dan Persona facelift ditawarkan dengan transmisi automatik. 

  • 1.3L VVT
  • Transmisi manual 5-kelajuan
  • 2 beg udara SRS
  • Rim keluli 14 inci dengan tayar Atlas AS380 bersaiz 175/65 
  • Masuk tanpa kunci melalui alat kawalan
  • Stereng kemasan urethane
  • Kerusi fabrik
  • Penapis kabin N95
  • Audio standard dan dua pembesar suara
  • Slot USB (1)
  • Sensor parkir belakang

Proton Saga Standard (AT)

  • Transmisi automatik 4-kelajuan
  • Kawalan Kestabilan Elektronik
  • Sistem Kawalan Traksi
  • Bantuan Tahan Bukit
  • Rim aloi 14-inci
  • Slot USB (3)

Proton Saga Premium

  • Lampu nyala siang (DRL) LED
  • Rim aloi 15-inci bersama tayar Atlas AS380 bersaiz 185/55 
  • Stereng urethane dengan butang kawalan
  • Unit infotainmen 7-inci
  • Sambungan telefon pintar (android)
  • 4 pembesar suara
  • Kamera undur
  • Sensor parkir depan/belakang

Proton Saga Premium S

  • Skirting depan dan sisi
  • Rim aloi dua rona warna 15 inci bersama tayar Atlas AS380 bersaiz 185/55 
  • Cermin sisi boleh lipat automatik dan cermin tingkap turun automatik
  • Masuk pintar dengan butang tekan mula
  • Stereng leatherrette dengan butang kawalan
  • Kerusi semi leatherrette
  • Sambungan telefon pintar (Android & iOS)
  • Kemasan merah pada bingkai dan tab pelarasan pendingin hawa, ring meter, butang kawalan stereng. Jahitan merah pada kerusi, stereng dan pelapik kaki. 

Sementara itu, janakuasa masih sama menggunakan enjin 1.3 liter aspirasi semulajadi Campro VVT 4-silinder yang menghasilkan kuasa 93hp @ 5,750rpm tork 120Nm @ 4,000rpm.

Ciri keselamatan standard yang ditawarkan adalah dua beg udara, Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA) serta Isofix.

Selain itu, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dan Bantuan Tahan Bukit yang hanya eksklusif pada varian Premium kini ditawarkan standard bermula daripada Standard (auto) ke atas.

Tiada perubahan daripada segi tawaran warna yang mana pelanggan boleh memilih Snow White, Armoured Silver, Jet Grey, Rosewood Maroon (ungu) dan Ruby Red.

Manakala varian Standard ditawarkan dengan semua warna di atas kecuali Ruby Red dan varian Premium tersedia dengan lima warna di atas. Premium S pula hanya ditawarkan dengan warna from Armoured Silver, Jet Grey dan Ruby Red.

GALERI

PROTON SAGA PREMIUM S

PROTON SAGA PREMIUM 

PROTON SAGA STANDARD

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here