Proton lancar Saga (2022), 4 varian, harga bermula RM34k

20118

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Proton akhirnya melancarkan kenderaan sedan segmen A terlarisnya menerusi Saga 2022.

Model itu menerima pembaharuan dari segi luaran dan dalaman untuk memberi ia tambah nilai kepada pemiliknya, selain kekal relevan.

Bagi versi 2022, ia ditawarkan dengan tiga varian serta harganya:

  • Standard MT
  • Standard AT
  • Premium
  • Premium S 



Perubahan luaran

Ia masih mengekalkan reka bentuk yang sama seperti sebelum ini, cuma ditambahkan dengan beberapa aksesori seperti lip hadapan, skirt sisi dan peresap pada bampar belakang.

Jeriji hadapan kini hadir rekaan baharu dan dibahagian bawahnya mempunyai kemasan merah, seperti Proton X50. Pada masa sama, ia juga dipadankan logo Proton yang baharu.

Pada bahagian sisi, ia diperhiaskan dengan cermin sisi warna hitam yang boleh dilipat secara automatik serta rim aloi rekaan baharu bersaiz 15 inci.

Untuk memberi kemudahan, ia juga dilengkapi dengan ciri butang membuka tanpa kunci (keyless).

Dalaman hitam dengan kemasan merah

Ruang dalaman masih sama, cuma warna kabin semua hitam termasuk bahagian bumbung dalaman.

Tempat duduk seperti model terdahulu, tetapi ia dibaluti gabungan material kulit dan fabrik serta diperkemaskan jahitan merah.

Sterengnya juga dibaluti kulit dengan kemasan jahitan merah, manakala pada bahagian meter kelajuan dinaik taraf dengan maklumat digital yang lebih baik.

Sistem infotaimennya yang bersaiz tujuh inci kini dinaik taraf dengan ciri perisian baharu, serta mempunyai amaran peringatan supaya barangan berharga tidak tinggal di dalam kenderaan sebaik sahaja enjin dimatikan.

Corong penyaman udara serta pelapik kaki turut dikemaskan dengan warna merah.

Pengendalian dan kedapan bunyi

Proton melakukan sedikit pembaharuan untuk meningkat pengendalian dan kedapan bunyi Proton Saga 2022.

Bunyi semakin kurang dengan penggunaan tayar yang baharu, manakala pengendalian lebih baik dengan mengubah kadar redaman suspensi.

Enjin sama

Tiada perubahan pada bahagian enjin, ia masih menggunakan enjin 1.3 liter yang mana menyalurkan kuasa sehingga 95PS dengan tork mencecah 120Nm.

Ia ditawarkan dengan transmisi automatik empat kelajuan serta ditawarkan dengan lima kelajuan manual.

Harganya atas jalan tidak termasuk insurans. Harga sah sehingga 30 Jun ini:

  • Standard MT – RM34,400
  • Standard AT – RM38,300
  • Premium – RM41,300
  • Premium S – RM44,300

Proton maklum, tempoh menunggu model ini dianggarkan kira-kira dua bulan.

Baca juga: 

Proton Saga (2022) dah ada di pusat jualan, harga sedikit meningkat…Ini tawaran spesifikasi setiap varian

GALERI

PROTON SAGA STANDARD

PROTON SAGA PREMIUM

PROTON SAGA PREMIUM S

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here