Konvoi TMJ beri laluan pada ambulans, iring hingga ke hospital

1092

Sebelum ini, beberapa insiden kecoh di media sosial yang menunjukkan rombongan ‘tertentu’ tidak memberi laluan kepada ambulans. 

Bagaimanapun, baru-baru ini lain pula kisahnya apabila seorang pengguna media sosial berkongsi sebuah klip video menunjukkan sebuah ambulans diiringi polis pengiring Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.



Menerusi kapsyen video TikTok yang dikongsi oleh grup Facebook JOHORean Sport Team itu menjelaskan polis pengiring TMJ, Koperal Saiful memberi laluan kepada ambulans tersebut.

“Menjunjung kasih, nyawa rakyat menjadi keutamaan, moga menjadi contoh,” tulisnya.

Di samping itu, TMJ juga memberi izin kepada polis pengiring tersebut mengiringi ambulans berkenaan yang dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah .

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here