Lima rentung nahas di Terowong Menora

2029

Lima individu rentung dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan treler di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Terowong Menora, Kuala Kangsar, tengah malam tadi.

Maklumat awal kejadian sekitar 12.52 malam itu memaklumkan, semua mangsa terperangkap selepas berlaku kebakaran melibatkan sebuah treler dan kereta. 



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Ahmad Izuwan Zakaria ketika dihubungi berkata, setakat jam 4 pagi, kerja-kerja mengeluarkan mangsa masih dilakukan.

“Lima mangsa yang rentung merupakan pemandu dan penumpang kereta dan telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Treler membawa muatan besi terbabit turut mengalami kebakaran 90 peratus, begitupun pemandu kenderaan berat itu dilaporkan selamat,” katanya.

Punca kejadian dan identiti semua mangsa masih belum diperoleh setakat ini dan model kenderaan yang terbakar 90 peratus juga belum belum dikenalpasti.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here