Buat ‘SPEED TRAP’ Palsu Depan Umah Elakkan Kenderaan Pandu Laju Kawasan Kampung

987

Tidak semestinya apabila marah, tindakan secara kekerasan merupakan jalan penyelesaian.Namun kreativiti terbukti berkesan.

Marah dan bengang dengan sikap segelintir pemandu memandu laju di jalan yang lurus di kampung beliau membuatkan seorang pakcik terpaksa bertindak.

Satu hantaran tiktok oleh @fiezamieza menyatakan pakcik tersebut adalah ayahnya. Keselamatan penduduk setempat menjadi keutamaan buat pakcik tersebut.



Tindakan bijak oleh pakcik tersebut iaitu berlakon seolah-olah di depan rumahnya telah hadir pegawai penguatkuasa sedang melakukan operasi pandu laju.

Apa yang menarik, kamera ‘Speed Trap’ yang digunakan adalah kamera biasa serta lampu bulat untuk ber-selfie.

Jelas fieza lagi, hasil tindakan dari ayahnya menampakkan perubahan di mana kereta yang lalu lalang jelas akur dengan kelajuan yang ditetapkan bagi kawasan kampung.

Setiap kereta yang melintasi ‘Speed Trap’ Palsu berkenaan automatik akan memperlahankan kenderaan bila melihat kelibat pakcik tersebut.

Masaalah selesai,semangat dan kreativiti pakcik tersebut patut dipuji.Keselamatan penduduk kampung terjamin dengan langkah tanpa diduga oleh pakcik berkenaan.

Satu langkah keselamatan jalanraya yang berkesan khususnya kepada penduduk setempat dan pengguna jalanraya yang lain.

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here