Utama Berita Automotif #TahukahAnda: Walaupun kelajuan rendah, momentum treler masih mampu tolak kereta depan

#TahukahAnda: Walaupun kelajuan rendah, momentum treler masih mampu tolak kereta depan

2659

Pagi tadi lima remaja berusia 19 hingga 23 tahun maut dalam satu kemalangan melibatkan dua treler dan sebuah kereta di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Terowong Menora, Kuala Kangsar.

Dalam kejadian itu, Astro Awani melaporkan kereta mangsa dirempuh dari belakang lalu tersepit di antara dua treler.



Sebuah treler yang membawa muatan besi pagar yang berada di belakang kereta tersebut tidak sempat membrek lalu merempuh Honda City mangsa.

Kejadian itu menyebabkan sedan tersebut diseret ke depan sehingga melanggar belakang treler muatan mozek. 

Akibat nahas itu, treler muatan besi pagar terbakar sebelum api merebak ke bahagian kepala treler. kesemua mangsa di dalam Honda City tidak dapat menyelamatkan diri kerana tersepit.

BERAPA JAUH TRELER MUATAN PENUH BOLEH BERHENTI?

Seperti mana kita ketahui, kenderaan muatan berat mengambil masa untuk berhenti pegun. Semakin berat beban, semakin lama masa yang diperlukan untuk berhenti dan lebih banyak haba yang diserap oleh brek.
 
Pada kelajuan 100kmj, lori mengambil masa kira-kira jarak dua padang bola sepak (525 kaki) untuk berhenti sepenuhnya. 
 
Dari segi tindak balas masa dan jarak brek, treler ada satu faktor tambahan iaitu masa tindak balas dan brek lag. 
 
 

Brek yang digunakan oleh treler tidak sama dengan kenderaan penumpang yang menggunakan jenis hidraulik. Treler menggunakan brek angin (pneumatik) sebagai medium memindahkan kuasa brek yang mengambil masa untuk berhenti.

Perumpamaannya apabila anda menghidupkan paip air yang disambungkan ke hos getah. Apabila kepala pili dipusing, air tidak akan terus keluar yang mana anda perlu menunggu beberapa saat untuk air keluar di hujung hos. Konsep yang sama digunakan brek treler.

Apabila pemandu kenderaan berat memijak brek, udara perlu dibina dan memerlukan sedikit masa untuk melalui tiub brek sebelum sampai ke kaki dan dram brek.

Walaupun tempoh jarak masa di bawah sesaat, dalam keadaan kecemasan boleh menyebabkan pemandu gagal memberikan respons yang sepatutnya.

Misalnya video di bawah. Pemandu treler memandu pada kelajuan 43kmj namun daya momentum yang dihasilkan treler sudah cukup menolak kereta yang berada di depan.

Anda boleh melihat, kerangka atas kereta termasuk bumbung dan kabin penumpang remuk sepenuhnya yang mana bentuk sebuah kereta hancur.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here