Imej paten Geely Jia Ji facelift bocor, bakal jadi model bayangan Exora?

8893

Imej paten Geely Jia Ji versi facelift bocor di media sosial dan adakah kemunculan foto itu merupakan bayangan kepada model Proton Exora akan datang?.

Foto yang dikongsi oleh Vanhoe Rage menunjukkan penampilan MPV tersebut lebih segar dan kemunculan gril acah Infinite Weave Proton itu kemudian bersambung ke lampu utama. 



Imej paten yang didaftarkan atas nama Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd dan Shanghai Geely Zhai Ran Automobile Design Co Ltd itu masih mengekalkan bentuk depan dan belakang yang sama.

Bagaimanapun, adakah imej paten itu menjadi bayangan kepada versi Proton Exora akan datang seperti mana dihebahkan sebelum ini?.

Kami difahamkan model Geely Jia Ji digugurkan sebagai model rebadge Exora di pasaran tempatan. Jadi bilakah kita bakal melihat kemunculan Proton Exora serba baharu setelah lebih sedekad di pasaran?.

Masih tiada jawapan untuk persoalan itu tetapi dipercayai Proton Exora juga tiada dalam senarai model baharu bakal lancar tahun ini.

Kami difahamkan tahun ini Proton bakal memperkenalkan empat model yang mana dua daripadanya adalah versi facelift termasuklah Proton Saga.

Manakala dua model baharu yang akan diperkenalkan adalah Proton X90 yang menggunakan model Geely Haoyue dan Proton X70 (1.5 turbo). 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here