Regulasi emisi semakin ketat, Nissan terpaksa korbankan GT-R

1026

Selepas Nissan Australia, nampaknya Eropah bakal menyusul menghentikan jualan Nissan GT-R kerana regulasi emisi yang semakin ketat.

Faktor utama kerana model tersebut gagal memenuhi standard piawaian pelepasan emisi yang semakin ketat di Eropah dan Nissan terpaksa menggugurkan model tersebut dari senarai jualan. 



Undang-undang emisi Eropah menggalakkan penggunaan teknologi baharu yang lebih cekap tenaga dan karbon untuk menangani masalah pencemaran udara dengan merendahkan pelepasan emisi. 

Menurut laporan portal Autoblog.nl, sebahagian negara Eropah sudah mula memberhentikan jualan model GT-R R35 secara rasmi seperti Belanda, Itali, Sepanyol dan beberapa negara lain apabila laman web rasmi Nissan tidak memaparkan model tersebut.

Selain itu, harga juga turut menjadi salah satu faktor penyumbang kerana di pasaran Belanda harga bermula  euro 183,000 (RM845,649) untuk model R35 standard dan  euro 303,000 (RM1.4 juta) untuk R35 Nismo.

Selain GT-R, beberapa model lain yang turut berdepan nasib yang sama misalnya Suzuki Jimny dan BMW M2.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here