TC Trucks Sales luaskan rangkaiannya di Johor

905

TC Trucks Sales Sdn Bhd (TCTS) mengembangkan rangkaian jualannya dengan melancarkan bilik pameran terkini dan moden di Bukit Indah, Johor Bahru untuk wilayah Selatan. 

Pembukaan bilik pameran terbaharu di Bukit Indah, Johor Bahru dilihat sesuai buat TCTS kerana populasi Johor Bahru yang kian berkembang serta berdekatan dengan Singapura. 

Lokasi strategik dan trend pertumbuhan perniagaan yang kukuh hasil pelbagai pelaburan berskala besar serta pembangunan hartanah di kawasan terbabit menjadikannya cukup sesuai untuk perniagaan. 



Bilik pameran baharu TCTS terletak di Wisma Tan Chong, No. 2, Jalan Indah 15/2, Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor. 

Ia mempunyai kawasan binaan seluas 2,912 kaki persegi yang boleh mempamerkan sebuah trak komersial ringan, trak pikap dan satu ruang rehat untuk pelanggan yang selesa. 

Bilik pameran baharu TCTS akan menawarkan produk-produk jenama Foton dan JMC.

Ia menawarkan produk seperti

  • Trak tugas berat (Foton Auman)
  • Trak tugas ringan (Foton Aumark)
  • Trak pikap 4X4 AT (JMC Vigus Pro)

TCTS juga bekerjasama rapat dengan Angka-Tan Motors, pengedar rasmi kenderaan Foton dan JMC serta Prinsipalnya. Ini dilakukan dengan cara memberikan maklum balas dan permintaan pasaran bagi memastikan kami dapat menawarkan produk yang tepat untuk pasaran tempatan. 

Sehingga kini, TCTS disokong oleh rangkaian 3S di bandar-bandar utama termasuklah 2 di Lembah Klang, 3 di wilayah Selatan, 3 di kawasan Utara dan 8 di Malaysia Timur. TCTS akan terus membangun dan meningkatkan kewujudannya pada masa depan.  

Waktu operasi bilik pameran di Bukit Indah adalah seperti berikut: 

  • Isnin – Jumaat: 8.15am – 6.15pm 
  • Sabtu – Ahad dan Cuti Umum: 10.00am – 4.00pm

Untuk pertanyaan lanjut atau sesi pandu uji, orang ramai boleh menghubungi bilik pameran di talian: 016-783 3344.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here