Had laju sekitar kawasan KL bakal turun sehingga 30kmj

1057

MIROS bakal membentangkan cadangan penurunan had laju di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, bulan depan.

Cadangan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) itu disambut baik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) demi keselamatan pengguna jalan raya termasuk penunggang basikal dan pejalan kaki.



Pelaksanaan tersebut akan melibatkan pengurangan had laju kepada 30kmj dalam zon terpilih sekitar ibu negara dan 50kmj bagi zon lain.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata jika cadangan tersebut mendapat reaksi positif, pelaksanaan dijangka bermula September depan. 

“Pengumpulan data serta analisis akan dibuat dan sekiranya dipersetujui ia akan diputuskan untuk dilaksanakan pada September ini.

“Kawasan terlibat dalam kajian MIROS ini adalah kawasan yang mempunyai had kelajuan 60 kmj dan 40 kmj.

“Jalan-jalan yang telah diwartakan had kelajuan 70 kmj dan 80 kmj tidak termasuk dalam skop kajian penurunan had laju oleh MIROS,” katanya. 

Antara negara yang mengamalkan had laju 30 kmj dan 50 kmj adalah Perancis.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here