BIMS: Subaru BRZ debut Asean di Thailand, Malaysia buka tempahan

1067

Subaru BRZ (2022) dengan kod nama ZD8 baru saja melakukan debut Asean di Bangkok International Motor Show (BIMS).

Tidak seperti generasi sebelumnya, Subaru BRZ dijana oleh enjin 2.4 liter boxer aspirasi natural yang menghasilkan kuasa 235PS dan tork 250Nm. Sebelumnya kereta sport itu menggunakan enjin 2.0 liter boxer.



Kemudian ia dipadankan dengan transmisi enam kelajuan manual atau automatik. Pecutan dari 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 6.3 saat (manual) dan 6.9 saat (automatik).

Kesemua sistem pencahayaan Subaru BRZ menggunakan lampu LED dan bahagian kakinya pula menggunakan rim 18 inci dengan tayar bersaiz 215/40.

Sementara dalam kabin tersedia skrin infotainmen bersaiz 8-inci, kluster instrumen digital 7-inci dan kemasan kulit pada stereng dan brek tangan.

Demi ketenangan minda pemilik, Subar menawarkan EyeSight ADAS bagi varian automatik yang terdiri daripada Kawalan Kruise Adaptif, Brek Pra Kemalangan, Amaran Tukar Lorong, Lane Sway Warning, Pengurusan Terotel Pra Perlanggaran dan Lead Vehicle Start Alert.

Selain itu, kereta sport berkenaan turut dilengkapi dengan 7 beg udara, kawalan kestabilan, bantuan penghidup bukit dan Steering Responsive Headlights (SRH).

Ditawarkan dengan tujuh pilihan warna, harga jualan model tersebut adalah baht 2,699,000 (RM340, 196) ke baht 2,849,000 (RM359, 103).

Sementara itu, Subaru Malaysia baru saja membuka tempahan model berkenaan menerusi laman web rasmi jenama berkenaan. Harga jualan versi manual adalah RM229,245 dan automatik pula berharga RM239,245.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here