JPJ lelong Nissan Fairlady 350Z pada harga RM35,600; untung pembeli

3349

Kereta Nissan Fairlady 350Z dibida pada harga tertinggi iaitu RM35,600 dalam Sesi Lelongan Awam Kenderaan Sita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur Siri 2/2022, kelmarin. 

Pengarah JPJ Kuala Lumpur Mohd Zaki Ismail berkata sebanyak 49 kenderaan berjaya dilelong dalam acara itu dengan kutipan keseluruhan berjumlah RM285,750.



“Pada 28 Mac lalu, 97 kenderaan sita dilelong dengan mengutip RM395,246 membabitkan 91 kenderaan boleh dilesenkan, manakala enam lagi kenderaan yang tidak boleh dilesenkan (scrap).

“Pada lelongan kali ini, kenderaan scrap dibida dengan harga bidaan tertinggi adalah RM17,100 iaitu Lori Rigid Tipper Dumper, manakala bagi kenderaan yang boleh dilesenkan, bidaan harga tertinggi adalah Nissan Fairlady 350Z pada harga RM35,600.

“Jumlah keseluruhan yang berjaya diperoleh dalam acara lelong bagi Siri 1 dan 2/2022 adalah sebanyak RM680,996,” katanya.

Hanya peserta yang membeli Dokumen Penjualan Lelong dan mendatangani perakuan menyertai lelongan sahaja yang dibenarkan mengambil bahagian dalam penjualan lelong terbabit.

“Pembida menawarkan harga tertinggi adalah pembida yang berjaya. Harga kenderaan adalah tertakluk kepada harga minimum yang ditentukan.

“JPJ juga berhak menarik balik mana-mana kenderaan jika tidak berpuas hati atas harga ditawarkan atau harga tidak mencapai harga minimum ditentukan,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here