Utama Berita Automotif JPJ Negeri Sembilan kutip RM187,100 lelong kenderaan sita

JPJ Negeri Sembilan kutip RM187,100 lelong kenderaan sita

9
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengutip RM187,100 dalam Lelongan Awam Kenderaan Sita Siri 1/2026.
 
Harga bidaan tertinggi direkodkan bagi sebuah motolori yang boleh dilesenkan iaitu sebanyak RM15,700 manakala harga bidaan terendah adalah RM50 bagi sebuah motosikal kategori scrap.
 
Dalam lelongan berkenaan 100 buah kenderaan sita telah ditawarkan melibatkan 95 buah kenderaan yang boleh dilesenkan serta lima buah kenderaan dalam kategori tidak boleh dilesenkan (scrap).
 
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan seramai 120 orang pembida menyertai lelongan tersebut yang mana ia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan JPJ dalam melupuskan kenderaan sita secara telus, berintegriti dan terbuka kepada orang awam, selaras dengan prosedur yang telah ditetapkan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here