
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah menyita sebuah Mercedes Benz E200 yang dipandu warga Bangladesh dalam Ops Luxury di sekitar Jalan Padang Matsirat, pada Ahad.
Menurut kenyataan hasil pemeriksaan mendapati pemandu berkenaan tidak memiliki lesen memandu yang sah, manakala cukai jalan tamat tempoh dan perlindungan insurans berakhir 26 Julai lalu.
“Pemandu warga asing itu menggunakan Mercedes berkenaan bagi mengangkutan sayur-sayuran.
“Susulan itu, kenderaan terbabit disita untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang,” jelasnya.
JPJ Kedah menegaskan kenderaan mewah bukan bermakna kebal undang-undang yang mana setiap pengangkutan dan pemandu wajib mematuhi peraturan yang ditetapkan.




