Utama Berita Automotif Toyota Vios HEV Rasmi Di Malaysia: Vios Pertama Teknologi Hibrid Bermula RM103,900

Toyota Vios HEV Rasmi Di Malaysia: Vios Pertama Teknologi Hibrid Bermula RM103,900

16

UMW Toyota Motor (UMWT) terus melangkah ke arah neutral karbon dengan pelancaran Toyota Vios HEV, menjadikannya Vios pertama dalam sejarah yang ditawarkan dengan teknologi Hybrid Electric Vehicle (HEV).

Model itu mencerminkan pendekatan Multipathway Toyota, menawarkan pilihan elektrifikasi tanpa memaksa pengguna beralih sepenuhnya kepada EV. 

Vios HEV dipasang secara tempatan dan ditawarkan bersama Vios 1.5G dan 1.5E, selain versi Vios HEV GR Sport (GR-S) yang tampil lebih sporty.

Vios HEV

Vios HEV berkongsi reka bentuk badan dengan Vios 1.5G, menggunakan seni bina DNGA yang lebih ringan dan tegar. Versi HEV menerima pengukuhan tambahan serta penebatan bunyi yang lebih baik.

Perbezaan luaran termasuk kemasan krom gelap, gril kemasan gun metallic, lencana HEV serta rim aloi rekaan khas. Pilihan warna merangkumi:

  • Platinum White Pearl
  • Attitude Black Mica, 
  • Scarlet SE
  • Silver Metallic
  • Celestite Grey Metallic

Bahagian dalam,Vios HEV dilengkapi meter digital TFT 7 inci khusus HEV, skrin infotainmen 10.1 inci (saiz lebih besar daripada Vios 1.5G) dengan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.

Lampu ambien 64 warna yang lebih panjang berbanding Vios 1.5G, upholsteri kulit serta ciri seperti 4K DVR, Smart Entry & Push Start dan port pengecas USB Type-C.

Vios GR Sport

Mahu yang lebih garang, varian GR Sport tampil dengan GR-S Aerokit, spoiler, rim aloi 17 inci, tayar 205/50R17 serta kemasan hitam eksklusif. Kabin menerima sentuhan GR dengan upholsteri Leather Suede, jahitan perak dan lencana GR.

Kelebihan daripada varian biasa, versi GR-Sport itu menerima suspensi dan stereng ditala semula untuk pengendalian lebih tajam, namun keselesaan harian dan kecekapan bahan api kekal menjadi keutamaan.

Pelanggan juga boleh memilih Toyota Vios HEV GR Sport dengan bumbung Black Mica, namun pilihan itu hanya ditawarkan bersama warna badan White Pearl dan Scarlet SE.

Sistem Hibrid Toyota (THS)

Vios HEV menggunakan Toyota Hybrid System generasi ke-4, menggabungkan enjin 1.5L Dual VVT-i yang dipadankan dengan transmisi E-CVT. Kuasa enjin menyalurkan 91PS/121Nm, manakala 80PS/141Nm untuk motor elektrik. Kuasa gabungan mencecah 111PS, namun Toyota tidak mendedahkan kuasa torknya.

Ujian NEDC mencatatkan penggunaan bahan api serendah 3.6L/100km, sekitar 31% lebih jimat berbanding Vios 1.5G. Dengan tangki berkapasiti 36 liter, Vios HEV itu mampu dipandu sehingga 1,000km.

Keselamatan & Waranti

Vios HEV dilengkapi Toyota Safety Sense (TSS) termasuk AEB, Lane Keep Control, Adaptive Cruise Control, Blind Spot Monitor serta 3D Panoramic View Monitor. Ia turut menerima penarafan 5-bintang ASEAN NCAP.

Waranti ditawarkan sehingga 5 tahun tanpa had perbatuan, manakala bateri hibrid dilindungi sehingga 8 tahun, boleh dilanjutkan sehingga 10 tahun.

Harga mengikut varian:

  • Toyota Vios HEV: RM103,900
  • Toyota Vios HEV GR Sport: RM109,900

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here