Utama Berita Automotif GWM Wey G9 rasmi lancar, harga RM269,800

GWM Wey G9 rasmi lancar, harga RM269,800

20

MPV pertama dan kenderaan plug in hibrid (PHEV) sulung Great Wall Motor (GWM) Malaysia, Wey G9 rasmi dilancarkan pada harga RMXXX.

Tempahan MPV itu dibuka Disember lalu dan merupakan model pemasangan tempatan (CKD) di kemudahan EP Manufacturing (EPMB) yang terletak di Pegoh, Melaka.

Pasaran Malaysia menerima versi tujuh tempat duduk dengan susunan 2-2-3.

Berikut fakta pantas tentang GWM WEY G9 Hi4 PHV :

  • Dimensinya adalah 5,050 mm panjang, 1,985 mm (lebar), 1,900 mm (tinggi) serta jarak roda 3,085 mm. Ini menjadikan badan dan jarak rodanya lebih panjang berbanding Toyota Alphard/Vellfire, namun lebih pendek berbanding pesaing senegaranya (Zeekr 009, Xpeng X9, Denza D9) yang rata-ratanya melebihi 5.2 meter.
  • Dipadankan dengan rangkaian plug in hibrid Hi4 bersama enjin 1.5 liter turbo empat silinder berkuasa 150PS @ 5,500-6,000rpm dan tork 240Nm @ 1,800-4,000rpm serta transmisi hibrid dedikasi (DHT) empat kelajuan.
  • Ia turut didatangkan dengan motor elektrik 109PS di gandar hadapan dan motor 184PS di gandar belakang menjadikan output keseluruhan 442PS dan tork 642Nm dengan pacuan semua roda (AWD).
  • Dibekalkan dengan bateri litium ternary 44.2-kWh, jarak tempuh elektrik penuh 170 km (NEDC). Manakala tangki minyak penuh bersaiz 58 liter menawarkan jarak perjalanan sehingga 1,000km.
  • Walaupun ketika tahap bateri adalah rendah, penggunaan bahan api tetap cekap pada 6.2 liter bagi setiap 100km dengan sokongan pengurusan tenaga pintar dan peralihan lancar di antara mod hibrid series dan parallel.

  • Pecutan 0-100kmj adalah 5.7 saat dengan kelajuan maksimum 190kmj. 
  • Ciri peralatan ditawarkan antaranya lampu nyala siang (DRL), lampu depan serta belakang jenis LED, rim aloi 18-inci dwitona, dua bumbung suria, lampu ambien 64 warna serta kerusi depan berkuasa dengan fungsi liang udara, memori, dan urutan.
  • Peti sejuk bersaiz 12.5 liter, panel instrumen 12.3-inci, paparan head-up (HUD), skrin sentuh 14.6-inci, monitor belakang 17.3-inci, 21 pembesar suara, pengecas tanpa wayar serta slot USB jenis A (6) dan jenis C (5). 
  • Tempat duduk hadapan menerima kemasan kulit Nappa manakala baris kedua menampilkan tempat duduk kapten sifar graviti beserta fungsi boleh laras dengan satu sentuhan. 

Demi ketenangan minda pemilik, G9 didatangkan dengan pemilikan standard lima tahun perkhidmatan data sambungan percuma, lima tahun penyelenggaraan percuma serta pengecas dinding rumah percuma.

Sementara itu, ia juga ditawarkan dengan enam tahun waranti perbatuan tanpa had dan 8-tahun atau 180,000km jaminan untuk sistem hibrid, termasuklah perlindungan untuk  pek bateri, motor kuasa, dan unit kawalan. 

GWM Wey G9 dilengkapi dengan enam beg udara, kamera 360 darjah, serta bantuan pemanduan penuh (ADAS) termasuk brek kecemasan autonomi (AEB), kawalan jelajah adaptif (ACC) dengan fungsi stop and go, pemantauan titik buta, dan amaran pembukaan pintu.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here