
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah menyita sebuah lori Daihatsu Decontrol selepas didapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh sejak lima tahun lalu di KM1 Sungai Kob, pada Isnin.
Hasil pemeriksaan mendapati lori berkenaan juga tidak memiliki perlindungan insurans yang sah, pemeriksaan Puspakom telah tamat tempoh serta melakukan kesalahan berkaitan tanda badan kenderaan.
“Susulan itu, pemandu dan pemilik kenderaan telah dikenakan tindakan saman, manakala lori berkenaan disita dan dibawa ke Depoh Sitaan JPJ untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang.
“JPJ Cawangan Kulim menegaskan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi memastikan kenderaan yang berada di jalan raya sentiasa mematuhi aspek perundangan, keselamatan dan keperluan teknikal yang ditetapkan,” menurut kenyataan.
































