Elon Musk beli jet peribadi ke-5 Gulfstream G700 bernilai RM370 juta

2571

Elon Musk bakal menambah satu lagi pesawat persendirian ke dalam barisan armadanya selepas jet peribadi yang digunakannya dapat dijejaki oleh orang awam.

Pelajar universiti, Jack Sweeney berkongsi aplikasi menjejaki jet peribadi Musk di bot Twitter dan meminta Sweeney menghentikannya dengan tawaran sejumlah wang.



Namun, selepas Musk mengambil alih Twitter adakah dia akan menyahaktifkan akaun remaja itu?. Kita lihat nanti. 

Musk memiliki empat buah jet peribadi yang mana tiga daripadanya merupakan Gulfstream manakala sebuah lagi Dassault 900B. 

Rekod penerbangan dari 2018 mendedahkan jutawan tersebut melakukan penerbangan lebih daripada 241,402km menggunakan Gulfstream G650ER. 

KOS G700

Ahli terbaru dalam armada pesawat Musk merupakan unit Gulfstream G700 dengan harga mula USD78 juta (RM370 juta). G700 dilancarkan pada Oktober 2019 yang bakal menggantikan pesawat sedia ada G650ER.

Penghantaran jet peribadi baru itu dijangkakan bermula awal 2023. Tetapi penghantaran G700 mungkin ditangguhkan selama tiga hingga enam bulan kerana Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) masih meneliti perisian pesawat tersebut. 

Kos operasi G700 bagi penerbangan selama 400 jam adalah sekitar USD3.5 juta (RM16.6 juta) yang mana bayaran minyak dan kos baik pulih enjin merupakan bahagian yang paling mahal (mengikut tapak penerbangan).

Namun, peruntukkan kos yang tinggi bagi pesawat bukanlah asing buat Musk. Misalnya penerbangan 31 Oktobernya dengan G650ER dari Los Angeles ke New Jersey, Musk membelanjakan USD14,829 (RM70,378) bagi kos bahan api.

KAPASITI 19 PENUMPANG

G700 boleh memuatkan sehingga 19 penumpang yang merupakan jet peribadi terbesar di dunia yang dibina khas.

G700 merupakan versi lebih besar G650 bagi bersaing dengan Bombardier 7500. Ia berukuran 63.8 kaki panjang, 8.3 kaki (lebar ) dan 6.3 kaki (tinggi).

Dengan jarak penerbangan 7,500 batu nautika membolehkan G700 terbang dari Singapura ke San Francisco tanpa henti dengan kelajuan maksimum 1,110 kmj.

G700 mempunyai kabin terbesar dalam kalangan jet perniagaan yang membolehkan ia mempunyai lima ruang tamu di samping tawaran kemudahan tandas, dapur kecil, tempat duduk menghadap depan, bilik tidur dengan katil, suite hiburan dan ruang makan.

Jet berkenaan mempunyai 20 tingkap, yang membolehkan cahaya yang mencukupi masuk kokpit.  Bilik mandi G700 adalah salah satu ciri yang paling mewah yang boleh disesuaikan mengikut kehendak pemilik. 

Gulfstream G700 dikuasakan oleh enjin Rolls-Royce Pearl 700. Kedua-dua enjin ini mengeluarkan lebih 18,000 paun tujahan setiap satu. Kedua-dua enjin ini membolehkan Gulfstream G700 mencapai kelajuan Mach 90.

GALERI

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here