Warga Indonesia kagum jarang nampak polis di jalan Malaysia, pemandu tetap tertib & tak bunyi hon

3392

Pengguna akaun tiktok Handyna Prafiska melahirkan rasa kagum dengan rakyat Malaysia yang begitu tertib ketika berada di jalan raya bahkan jarang membunyikan hon.

“Baru sadar di jalan raya Malaysia itu, gak pernah ada polisi. Tapi hebatnya meski gak ada polisi pengendaranya tertib,” tulisnya.

@handynandy

Replying to @just 4 marketing mantap lohhh 🫰🫰 . #IndonesianInMalaysia

♬ DJ BIWIR BEUREUM-BEUREUM JAWER HAYAM PANO COKLAT KOPI SUSU – RUNTAH – DJ MANIKCI REMIX



Handyna merupakan rakyat Indonesia yang tinggal di Malaysia. Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mana memberitahu polis trafik berada di beberapa lokasi tersembunyi.

“Selalunya mereka ada atas jambatan sambil memegang kamera yang harga cuci gambarnya RM300,” kata Mior.

“Ada…kadang-kadang tak nampak…tunggu je kat peti surat kt rumah,” kata Ila Fazilah.  

Ada juga yang menjelaskan keberadaan polis trafik boleh dilihat ketika waktu puncak di sebelah petang bagi memastikan kelancaran trafik.

“Ada je polisi. Kalau bernasib baik nanti terjumpa la,” komen Madi.

Kebarangkalian sepanjang berada di Malaysia, Handyna tidak melalui sekatan jalan raya atau melihat keberadaan polis ketika menjalankan operasi.

Persoalannya adakah anggota polis di Indonesia sentiasa berada di jalan raya?.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here