Utama Berita Automotif Selepas isu 0 bintang ANCAP, kini kes MG5 pula terbakar

Selepas isu 0 bintang ANCAP, kini kes MG5 pula terbakar

1

Sebuah sedan MG5 dilaporkan terbakar di tempat letak kereta sebuah hotel di Ningbo, wilayah Zhejiang pada 17 Mei yang lalu.

Setakat ini, pihak pengeluar, media China, mahupun pihak berkuasa tempatan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kejadian itu.

MG5 yang terlibat merupakan model sedan petrol (bukan versi elektrik) yang sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi selepas mendapat penarafan keselamatan sifar bintang dalam ujian ANCAP Australia.

Penduduk di kawasan sekitar yang menyaksikan kebakaran tersebut berkongsi kejadian berkenaan di media sosial China seperti WeChat dan Rednote. 

Imej awal menunjukkan api marak dalam kabin dan but belakang MG5 yang menandakan kebakaran mungkin bukan bermula dari bahagian enjin. Penduduk melaporkan terhidu asap dan bau yang sangat kuat semasa kejadian, dan api dilaporkan turut merebak ke pokok berhampiran.

Kebakaran itu berjaya dikawal tanpa menjejaskan kenderaan berhampiran mahupun melibatkan kemalangan jiwa. Bagaimanapun, sedan itu musnah sepenuhnya yang mana menunjukkan casis yang rentung, bersama-sama roda hadapan yang masih memaparkan logo MG.

Punca kebakaran masih belum diketahui namun seorang pengguna Rednote yang mendakwa pasangan kepada pemilik MG5 tersebut berkata kereta itu dibeli dua tahun lalu dan pemiliknya tidak mengambil insurans kerosakan kenderaan (komprehensif).

Jika dakwaan itu benar, pemilik tidak akan menerima sebarang pampasan bagi kenderaan yang rentung itu. Bagi kerosakan harta benda pula, Insurans Wajib Trafik China hanya menyediakan perlindungan sehingga CNY2,000 (RM1,300).

Tanpa polisi liabiliti pihak ketiga komersial, pemilik mungkin perlu menanggung sendiri kos kerosakan pada kawasan hijau, kemudahan awam, dan kenderaan berhampiran.

Memandangkan kenderaan tenaga baharu (NEV) kini semakin mendominasi pasaran automotif China, perdebatan kerap berlaku mengenai tahap keselamatan antara NEV dan kereta enjin pembakaran dalaman (petrol/diesel).

Sebelum ini, satu insiden tular melibatkan Wuling Binguo (Bingo) yang dilaporkan terbakar di kawasan parkir semasa cuti Hari Pekerja di China. 

Beberapa insiden berprofil tinggi baru-baru ini, termasuk melibatkan Xiaomi SU7 menghangatkan lagi perdebatan mengenai keselamatan bateri dan kenderaan secara keseluruhan.

Pihak pengawal selia telah bertindak balas dengan mewajibkan penggunaan pemegang pintu mekanikal dan melaksanakan piawaian bateri baharu ‘Tanpa Api, Tanpa Letupan’ yang dijadualkan berkuat kuasa pada Julai 2026.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here