Utama Berita Automotif Adakah infrastruktur sudah cukup bagi 94,000 EV? Kerajaan cari solusi impak tinggi

Adakah infrastruktur sudah cukup bagi 94,000 EV? Kerajaan cari solusi impak tinggi

11

Penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila jumlah terkumpul kenderaan penumpang (Passenger Vehicle – PV) jenis Battery Electric Vehicle (BEV) sejak 2018 sehingga kini mencecah 94,165 unit.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata mesyuarat pada Selasa itu bagi memperkukuhkan pembangunan ekosistem kenderaan elektrik (EV) negara berikutan EV bukan lagi sekadar trend global.

“Tetapi telah menjadi satu keperluan strategik yang berkait rapat dengan aspek pelaburan, daya saing industri, keselamatan tenaga dan kesejahteraan rakyat.

“Malaysia telah menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dalam penggunaan EV, khususnya bagi kategori Battery Electric Vehicle (BEV),” ujarnya menerusi Facebook.
 
Beliau berkata mesyuarat berkenaan diharapkan dapat mengenal pasti penyelesaian yang praktikal, berimpak tinggi dan boleh dilaksanakan dalam jangka masa terdekat, agar segala keputusan dan ketetapan yang dipersetujui melalui mesyuarat tersebut dapat terus memperkukuh pembangunan industri dan ekosistem EV negara secara lebih progresif, terselaras dan berdaya saing.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here