Utama Berita Automotif Wanita melecur 70 peratus dalam kemalangan dua kenderaan

Wanita melecur 70 peratus dalam kemalangan dua kenderaan

8

Seorang wanita melecur kira-kira 70 peratus manakala dua lagi individu mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Tun Razak berhampiran Kelab The Avenue, Kuala Lumpur awal pagi Khamis.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan lapan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 5.21 pagi.

“Nahas itu melibatkan sebuah Peugeot yang dipandu wanita berkenaan dan sebuah Toyota Vellfire yang dinaiki oleh seorang pemandu berserta penumpangnya,” menurut kenyataan. 

Jelasnya, kereta Peugeot berkenaan didapati terbakar 100 peratus manakala pemandunya yang berusia 20- an berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.

Kebakaran kenderaan tersebut berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 5.32 pagi dan kesemua mangsa diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut. 

Terdahulu, insiden berkenaan turut tular di media sosial susulan kesesakan lalu lintas yang teruk dilaporkan berlaku di sekitar lokasi kejadian.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here