Utama Berita Automotif Setelah 12 bulan, Xiaomi akhirnya ganti bonet aero palsu pada SU7 Ultra

Setelah 12 bulan, Xiaomi akhirnya ganti bonet aero palsu pada SU7 Ultra

5

Pada tahun 2025, Xiaomi menawarkan bonet gentian karbon khas untuk model SU7 Ultra. 

Struktur hadapan itu menampilkan dua saluran udara besar yang diinspirasikan daripada SU7 Prototype, bertujuan untuk membantu dari segi aspek penyejukan brek dan bateri. 

Sayang sekali, komponen tersebut tidak berfungsi seperti apa yang diharapkan. 

Ada pemilik mendapati bonet bernilai 42,000 yuan (RM24,000) itu tidak mendatangkan peningkatan prestasi. 

Struktur di bawah bonet langsung tidak diubah menjadikan liang udara tersebut sekadar hiasan semata-mata tanpa fungsi penyejukan dan aerodinamik. 

Isu tersebut dibawa ke mahkamah, dan akhirnya selepas 12 bulan Xiaomi mengumumkan mereka akan menaik taraf bonet tersebut supaya benar-benar berfungsi. 

Menurut laporan CarNewsChina, proses pemasangan sirip plastik boleh laras pada bawah bonet tersebut akan mengambil masa 2 hingga 3 jam. 

Dengan adanya penambahbaikan tersebut, ia boleh beroperasi bersama sistem jeriji aktif untuk menambah daya turun (downforce) pada gandar depan. 

Oktober lepas, mahkamah China mendapati terdapat unsur penipuan dan mengarahkan Xiaomi supaya memulangkan deposit bonet, membayar pampasan 126,000 yuan (RM82,000) serta menanggung yuran guaman 10,000 yuan (RM6,500) kepada seorang pemilik SU7 Ultra. 

Xiaomi juga berjanji akan memberikan 20,000 mata ganaran kepada setiap pelanggan yang menempah bonet gentian karbon tersebut, bernilai kira-kira 2,000 yuan (RM1,300). 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here