Utama Berita Automotif Honda NT1100 pecah dominasi BMW dalam segmen touring di UK

Honda NT1100 pecah dominasi BMW dalam segmen touring di UK

5

Honda dilapor berjaya memecahkan dominasi BMW dalam segmen touring di UK di mana model NT1100 menjadi motosikal touring yang paling laris untuk bulan Februari mengatasi R1300 RT. 

Mengikut statistik Persatuan Industri Motosikal (MCIA), sebanyak 40 unit Honda NT1100 terjual di UK, dengan kelebihan sebanyak lima unit berbanding jualan R1300 RT. 

Ia merupakan satu pencapaian yang signifikan kerana model BMW tersebut telah menjadi motosikal touring paling laris setiap bulan sejak Oktober lalu. 

Selain kejayaan NT1100, Honda turut menguasai segmen adventure menerusi model NC750X (37 unit) serta segmen naked menerusi model CB125F (83 unit). 

Secara keseluruhan, angka jualan bagi ketiga-tiga model itu menyumbang kepada tiga daripada empat jumlah pendaftaran tertinggi merentasi semua segmen motosikal di sana. 

Honda NT1100 dikenali sebagai sport‑tourer yang praktikal, selesa dan lengkap untuk perjalanan jauh.

Ia dikuasakan enjin parallel-twin 1,084 cc dengan kuasa sekitar 100 hp dan 104 Nm, dan dua pilihan transmisi iaitu manual 6-kelajuan atau DCT. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here