
Benelli BN 125 merupakan motosikal naked dengan gaya streetfighter Itali yang diperkenalkan sejak tahun 2022.
Sejak itu, ia secara konsisten menjadi antara motosikal 125 cc paling laris di pasaran UK sebagai alternatif kepada Honda CB125R dan Yamaha MT-125.
Benelli BN 125 untuk tahun 2026 kini hadir dengan empat pilihan warna, enjin yang mematuhi piawaian Euro5+, serta harga yang jauh lebih rendah berbanding model pesaing.
Jentera naked ini dikuasakan enjin silinder tunggal 125 cc sejukan udara menghasilkan 11 hp pada 9,500 rpm dan daya kilas 9.5 Nm @ 7,000 rpm.
Satu kelebihan besar model ini ialah tahap penjimatan bahan api sekitar 1.7 liter/100 km dibantu dengan tangki bahan api sebesar 13.5 liter.
Untuk ergonomik, Benelli BN 125 menawarkan ketinggian tempat duduk 780mm dan berat 142kg, dengan segitiga tempat duduk–pemijak kaki–bar hendal yang dioptimumkan untuk kawalan dan keselesaan jarak jauh.
Model 2026 ini turut dilengkapi paparan LCD yang memaparkan info seperti rpm, posisi gear, jarak bahan api, trip meter dan lain-lain.
Rangka trellis keluli digunakan, dipadankan dengan fork depan upside-down 35mm dan monoshock belakang boleh laras pra-beban.
Kuasa membrek datang daripada cakera 260mm di depan dan 240mm di belakang, lengkap dengan sistem brek gabungan (CBS). Rim aloi 17 inci pula dipadankan tayar 110/80 depan dan 130/70 belakang.
Empat warna baharu yang ditawarkan ialah Pure White, Midnight Black, Pastel Grey dan Blaze Yellow.
Di UK, Benelli BN 125 dijual pada harga £2,599 (RM14 ribu), jauh lebih murah berbanding Honda CB125R (£4,799 atau RM25,855) dan Yamaha MT-125 (£5,300 atau RM28,554).
































