Utama Berita Automotif Prototaip Honda CB750 (1968) unik ini terjual pada harga RM1.1 juta!

Prototaip Honda CB750 (1968) unik ini terjual pada harga RM1.1 juta!

5

Satu-satunya Honda CB750 Prototype tahun 1968 — dan unit pertama yang tiba di Amerika Syarikat — telah berjaya dijual dalam satu acara lelongan pada harga AS$285,000 (sekitar RM1.1 juta).

Kenapa harganya begitu tinggi untuk sebuah jentera klasik tahun 60-an? 

Ini kerana unit prototaip Honda CB750 ini dibina pada Oktober 1968 dan dihantar ke Amerika Syarikat pada bulan yang sama.

Menurut kapsyen yang dipetik daripada laman Mecum Auctions, model tahun 1968 ini merupakan unit pertama yang dihantar sendiri oleh Soichiro Honda kepada Bob Hansen, seorang promoter perlumbaan Honda di sana.

Ia juga tidak boleh disamakan dengan empat unit pra‑pengeluaran yang menyusul selepas itu, kerana model pra‑pengeluaran tersebut hanya dibuat dan dihantar ke AS pada Januari 1969.

Honda CB750 Prototype 1968 ini merupakan “satu‑satunya CB750 yang mempunyai tulisan ‘Honda’ pada penutup injap, bukannya ‘OHC 750’ seperti semua model CB750 lain.”

Banyak lagi perincian yang menjadikan motosikal ini begitu istimewa, termasuk proses pembinaannya yang dilakukan sepenuhnya secara manual.

Pada pertengahan 1990‑an, ia dibeli oleh Vic World dan dipulihkan di bengkel World Motorcycles miliknya di San Bruno, California. Selepas dipulihkan, prototaip ini hampir langsung tidak menyerupai model produksi akhir.

Model ini dikuasakan enjin empat silinder 736cc, dipadankan dengan transmisi lima kelajuan.

Spesifikasi lain termasuk fork teleskopik di bahagian depan dan cakera brek tunggal 295mm dengan angkup satu piston.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here