BSH perkenal streetfighter Honda CB750, harga RM49,999

43

Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan jentera streetfighter, Honda CB750 (2025) pada harga cadangan RM49,999 seunit.

Pasaran tempatan ditawarkan dengan dua pilihan warna badan iaitu Matte Pearl Glare White dan Glint Wave Blue Metallic.

Honda CB750 dilengkapi dengan enjin 755cc dua silinder selari dengan engkol 270 darjah. Enjin yang kompak dan ringan ini menghasilkan kuasa 67.5kW @ 9,500rpm dan tork 75Nm @ 7,250rpm bersama kotak gear 6-kelajuan. 

Ia menawarkan pecutan yang mengujakan, tork ‘low-end’ responsif dan tunggangan lancar pada semua julat kelajuan.

Tawaran teknologi klac assist dan slipper menjadikan penukaran gear yang lebih lembut dan kawalan meyakinkan waima ketika operasi pertukaran gear rendah secara agresif.  Pendek kata, CB750 ini memang Laju, Lincah, dan Seronok!.

Ciri peralatan baharu yang ditawarkan :

  • Lampu depan projektor LED berkembar baharu yang lebih kemas, memberikan kecerahan dua kali ganda untuk penglihatan malam yang lebih baik.
  • Gaya CB750 dipertingkatkan dengan tangki minyak inspirasi sayap, bahagian depan yang agresif, dan ekor yang kemas untuk rupa ‘streetfighter’ yang lebih tajam.
  • Tetapan suspensi baharu meningkatkan ketangkasan dan maklum balas bahagian depan untuk tunggangan yang lebih sporty dan responsif.

Tetapan suspensi baharu menggunakan fork Showa SFF-BP dan penyerap hentak belakang Pro-Link menawarkan keseimbangan kawalan dan keselesaan yang sesuai untuk ketangkasan di bandar mahupun konvoi hujung minggu.

Talaan semula tersebut bagi meningkatkan sentuhan roda depan dengan permukaan jalan yang memberikan kestabilan lebih baik, ketepatan mengambil selekoh dan tunggangan lebih meyakinkan.

Keupayaan menghentikan dan memperlahankan jentera diserahkan kepada brek cakera berkembar 310mm bersama kaliper 2-piston (depan) dan brek cakera tunggal 256mm dengan kalipser 1-piston (belakang). Kedua-dua tayar dipadankan dengan Sistem Brek Anti Kunci (ABS).

CB750 juga mengekalkan bantuan keselamatan elektronik termaju Throttle By Wire (TBW), penunggang boleh bertukar antara tiga mod tunggangan pra-tetap seperti Sport, Standard, dan Rain (setiap satu dioptimumkan untuk keadaan yang berbeza).

Mod User membolehkan penunggang menyesuaikan tetapan merentasi kuasa enjin (EP), brek enjin (EB), dan Kawalan Tork Boleh Pilih Honda (HSTC) dengan Kawalan Wheelie bersepadu.

Ciri peralatan lain termasuklah, paparan TFT 5-inci berwarna penuh dengan sambungan kepada aplikasi Honda RoadSync.

Ia membolehkan akses kepada navigasi ‘turn by turn’, panggilan, mesej, muzik, dan banyak lagi yang mana semuanya boleh dikawal melalui suis togol 4-arah pada hendal yang intuitif.

Model ini juga menawarkan Quickshifter sebagai aksesori tambahan yang meningkatkan gabungan luar biasa prestasi, ketangkasan, teknologi serta gaya, dan boleh dibeli di pengedar Big Wing.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here