Utama Berita Automotif “Kalau nak KTMB untung, kita naikkan harga tambang,” Anthony Loke

“Kalau nak KTMB untung, kita naikkan harga tambang,” Anthony Loke

54

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) setakat ini belum meraih keuntungan daripada segi operasi, malah gagal mencapai ‘break even’ atau pulang modal.

Bagaimanapun Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan perkara itu tidak wajar dijadikan isu kerana KTMB merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Kalau nak KTMB untung, kita naikkan harga tambang. Tapi adakah rakyat boleh menerima dengan hati terbuka?.
 
“KTMB adalah GLC, ada tanggungjawab sosial perlu digalas. Memang KTMB kekurangan perbelanjaan operasi, kita harapkan dana kerajaan, sebab itu tiada keuntungan dan belum sampai ‘break even point’.
“Perkara lebih mustahak untuk KTMB adalah tambah baik perkhidmatan komuter dan tren elektrik (ETS),” katanya.
 
Tambah beliau, kargo antara segmen KTMB membawa keuntungan, namun pulangan itu digunakan untuk menampung kos operasi lain yang mengalami defisit seperti komuter.
 
“Perkhidmatan komuter memang rugi sebab tambang murah. Bukan soal keuntungan dititikberatkan KTMB, struktur kewangan yang stabil itu lebih penting,” tambah beliau.
 
Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 mendedahkan kerugian terkumpul KTMB hingga 31 Disember 2018 sudah mencecah RM2.83 bilion.
 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here