Utama Berita Automotif BSH perkenal Honda Translap 750 (2025), harga RM56,800

BSH perkenal Honda Translap 750 (2025), harga RM56,800

176

Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan Honda Transalp (2025), sebuah jentera pengembaraan yang dibina khas untuk penggemar cabaran dan kaki off road.

Honda Transalp 750 didatangkan dengan enjin 755cc dua silinder selari yang berkuasa 67.5kW @ 9,500rpm dan tork 75Nm @ 7,250rpm. Enjin ini digandingkan dengan aci engkol 270 darjah dan sistem injap Unicam bersama kotak gear 6-kelajuan.

Teknologi Throttle By Wire memastikan Transalp kekal dalam kawalan penuh, sama ada sewaktu menunggang di atas jalan raya mahupun laluan off-road.

Ditawarkan dalam tiga pilihan warna menarik Ross White, Pearl Deep Mud Gray, dan Graphite Black, Transalp tampil dengan ciri baharu :

  • Reka Bentuk Hadapan Baharu: Bahagian depan kini lebih berani, diinspirasikan daripada Africa Twin, menampilkan penggayaan minimalis yang nampak lasak dan dibina khas untuk pengembaraan.

  • Lampu Hadapan LED Berkembar: Lampu projektor LED berkembar baharu ini bukan sahaja menyerlahkan gaya pengembaraan, malah meningkatkan tahap kecerahan untuk penglihatan lebih baik.

  • Rekaan Semula Saluran Udara Masuk: Reka bentuk saluran intake yang dioptimumkan menawarkan perlindungan angin yang lebih baik dan mengurangkan keletihan penunggang terutamanya dalam perjalanan jarak jauh.

Untuk keselesaan yang optimum, visor angin baharu yang dibentuk semula daripada polikarbonat berasaskan bio Durabio menawarkan perlindungan angin yang lebih baik dan mengurangkan keletihan ketika perjalanan jarak jauh.

Salur udara atas dan penutup tengah yang diubah suai turut meningkatkan aliran udara dan ketangkasan pengendalian, terutamanya dalam persekitaran bandar dan laluan berliku.

Rangka berlian keluli ringan sedia ada disokong dengan suspensi Showa yang menampilkan fork USD 43mm dan penyerap hentak belakang Pro-Link. 

Suspensi telah ditala bagi menawarkan kestabilan yang lebih baik dan kawalan off-road, tanpa menjejaskan keselesaan di lebuh raya.

Menambah ciri praktikal, Transalp mengekalkan paparan TFT lima inci dengan sambungan telefon pintar Honda RoadSync, auto-cancelling indicators, dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) untuk meningkatkan keselamatan.

Penunggang juga boleh menyesuaikan antara muka dengan tiga pilihan paparan dan mengawal tetapan dengan mudah melalui suis togol yang dipasang pada hendal. 

Untuk memenuhi keperluan tunggangan yang berbeza, Transalp menawarkan lima mod tunggangan: Sport, Standard, Rain, Gravel, dan User.

Setiap mod ini melaraskan kuasa enjin, brek, kawalan cengkaman, dan tahap ABS melalui teknologi Throttle By Wire. Fleksibiliti ini memastikan Transalp kekal dalam kawalan, sama ada di atas jalan raya mahupun di laluan off-road

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here