Utama Berita Automotif Honda CB1000F direka untuk tarik minat golongan penunggang baru

Honda CB1000F direka untuk tarik minat golongan penunggang baru

5

Jentera naked retro Honda CB1000F merupakan ahli baharu dalam keluarga ‘CB’ Honda, dan dijangka bersaing dengan model-model seperti Kawasaki Z900RS, BMW R12 nineT dan Triumph Speed Twin 1200.

Biarpun hadir dengan imej klasik nostalgia era 70 dan 80-an, Honda mengesahkan CB1000F sebenarnya direka untuk menarik golongan penunggang baharu.

Menurut Ketua Projek Besar Honda CB1000F, Takayuki Haramoto berkata, “Walaupun CB1000F ini didorong rekaannya oleh model 750 (CB750F) dan 900 (CB900F), kami mahu menetapkan standard baharu untuk motosikal naked.

“Hornet memang ringan, dan dalam masa yang sama ia berkuasa dan harga pula mampu milik untuk semua.

“Saya ambil elemen ini daripada Hornet, tapi dalam masa yang sama kami ubah penggayaan pada model baharu ini.

Jelasnya, terdapat beberapa perbezaan antara dua platform tersebut, di mana Hornet lebih bersifat responsif manakala CB1000F pula lebih mudah untuk ditunggang.

Disebabkan itu, CB1000F lebih disasarkan kepada golongan penunggang muda.

“Sasaran utama adalah anak muda, namun dalam masa yang sama kami mahu mereka yang arif tentang sejarah dan warisan gembira dengan model ini.

“Seperti yang anda maklum, Honda mempunyai sejarah yang cukup panjang. Itu sebabnya kami mahu semua orang menikmatinya, dan warisannya akan digunakan untuk membuatkan anak muda tahu tentang sejarah Honda,” jelasnya lagi kepada MCN.

Honda CB1000F dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris 998 cc yang mampu menjana kuasa setinggi 122 hp pada 9,000 rpm dan daya kilas 103 Nm pada 8,000 rpm. 

 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here