Utama Berita Automotif Volvo perkenal fon huruf baharu untuk dorong pemanduan lebih selamat

Volvo perkenal fon huruf baharu untuk dorong pemanduan lebih selamat

5

Volvo sememangnya sinonim dengan penghasilan kenderaan yang selamat untuk pasaran global.

Bermula dengan ciptaan tali pinggang keledar tiga poin, syarikat Sweden itu terus berinovasi bagi memastikan tiada pemandu dan penumpang yang mati atau cedera akibat kemalangan di dalam kenderaan Volvo.

Untuk memastikan pemanduan kereta moden yang lebih selamat, Volvo tampil dengan muka taip atau fon huruf yang lebih mudah untuk dibaca dari skrin paparan.

Fon baharu itu dinamakan sebagai Volvo Centum sebagai satu penghormatan kepada ulang tahun jenama yang ke-100 kira-kira dua tahun lagi.

Volvo merancang untuk memperkenalkan fon baharu itu dalam EX60 pada awal tahun depan.

Bercakap kepada Dezeen, Volvo menjelaskan fon baharu itu direka untuk mempengaruhi pergerakan mata secara terus supaya pemandu tidak terleka dengan apa jua yang terpapar selain teks.

Volvo juga akan mengurangkan grafik dan visual yang tidak perlu daripada skrin paparan.

“Setiap pilihan rekaan – bentuk, berat, perkadaran – direka untuk memastikan pemandu membaca dengan pantas, faham dengan lebih baik dan kekal fokus di dalam kereta,” ujar Pablo Bosch selaku pembangun fon di Dalton Maag.

Langkah ini disokong oleh satu kajian oleh AAA di mana pemandu menghabiskan masa 18 hingga 40 saat untuk melihat skrin tengah ketika memandu.

Penggunaan fon yang lebih jelas dan bersih dikatakan mampu untuk mengurangkan masa yang dihabiskan pada skrin.

Sebenarnya, selain daripada memperkenalkan fon baru, satu cara yang SEPATUTNYA dilakukan oleh Volvo: kembalikan semula butang fungsi fizikal pada kenderaan moden mereka.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here