Volvo dedah kebanyakan pelanggan EX30, EX90 tidak suka guna kunci berbentuk kad

150

Salah satu ciri unik yang hadir pada model-model elektrik Volvo ialah penggunaan kad sebagai ganti kepada kunci fob tradisional.

Namun begitu, ciri tersebut tidak akan diteruskan pada masa akan datang.

Dalam satu temubual bersama Drive AU, Pengarah Urusan Volvo Australia Stephen Connor mendedahkan kebanyakan pelanggan mereka tidak suka menggunakan kunci berbentuk kad kredit itu.

“Pada mulanya, kami mahukan pelanggan untuk menggunakan peranti pintar sebagai kunci. Itu yang kami cuba dorongkan. Saya boleh buka kunci kereta dari mana-mana sahaja. Kad sebagai satu pelan sandaran.

Sayang sekali, usaha Volvo tersebut tidak menjadi seperti yang diharapkan.

Menurut Connor, EX30 pada mulanya disasarkan kepada golongan pembeli berusia antara 24-50 tahun, namun realitinya kebanyakan pembeli lebih berusia.

“Kebanyakan terdiri daripada golongan berusia antara 50-an hingga 80-an yang membeli kereta tersebut.

Tatkala penggunaan kad mampu menawarkan manfaat dari segi kemudahan dan keselamatan, ia mudah hilang dan kos penggantian yang agak mahal.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here