Volvo sudah jual 5,000 unit trak elektrik, Tesla pula ketinggalan di belakang

61

Sejak diperkenalkan pada tahun 2017, tidak banyak kelibat trak elektrik Tesla Semi di atas jalan raya kita dapat lihat.

Ia bukanlah bermakna permintaan terhadap segmen trak elektrik telah menurun.

Ini kerana pesaingnya Volvo Trucks baru-baru ini mengumumkan penjualan model trak elektrik yang ke-5000 unit sejak tahun 2019.

Tesla semi

Sebagai perbandingan, Tesla sekadar menjual 140 unit Semi sejak produksi dimulakan pada tahun 2022 berdasarkan laporan oleh InsideEVs tahun lepas.

Berbanding Tesla yang hanya mempunyai satu model sahaja (Semi), Volvo Trucks menawarkan sehingga lapan pilihan model untuk memenuhi keperluan yang pelbagai.

Untuk pasaran global, Volvo Trucks mempunyai FL Electric, FE Electric, FM Electric, FM Low Entry, FMX Electric, FH Electric, FH Aero Electric dan VNR Electric.

Menurut Volvo Trucks, produk trak elektrik kini boleh didapati di 50 buah negara di seluruh dunia, dengan pasaran terbesar terdiri daripada Amerika Syarikat, Jerman, the Netherlands, Norway dan Sweden.

Malah, Volvo Trucks merupakan pendahulu di dalam segmen trak tugas berat elektrik di Eropah untuk lima tahun berturut-turut, dengan penguasaan pasaran 47 peratus dan sejumlah 1,970 unit telah didaftarkan.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here