Volvo Trucks perkenal Prime Mover EV pertama di Malaysia, boleh pergi 300km

345

Volvo Trucks Malaysia melakukan debut trak prime mover elektrik pertamanya di pasaran Malaysia. 

Kehadiran trak berkenaan menjadi model pertama diperkenalkan di rantau Asia Tenggara. Berikut info ringkas tentang trak berkenaan:

  • Trak elektrik itu diperkenalkan pada model Volvo FM, FH dan FMX
  • Ia didatangkan dengan pelbagai konfigurasi pacuan termasuklah 4×2, 6×2 dan 6×4
  • Volvo Fully Electric Prime mover itu menggunakan rangkaian kuasa yang menghasilkan kuasa 657hp dan tork 2,400Nm
  • Manakala model FM dipasang dengan pek bateri berkapasiti sehingga 540 kWh yang menawarkan jarak perjalanan sejauh 300km untuk sekali cas penuh
  • Pengecasan AC 43kW mengambil masa 10 jam untuk isian bateri penuh. Pengecasan panras DC sehingga 250kW pula hanya memerlukan masa 2-jam
  • Rekaan aerodinamik pada kabin mengurangkan kesan rintangan angin atau pekali seretan
  • Demi keselamatan, Volvo menawarkan sistem bunyi yang mampu memberikan amaran kepada pengguna jalan raya terutama pejalan kaki, bantuan pengelakan pelanggaran titik buta (Side Colision Avoidance Support) dan unit lampu LED yang terang
  •  Sistem stereng dinamik Volvo direka untuk membantu pengendalian dan kestabilan
  • Skrin digital kluster bersaiz 12-inci definisi tinggi menawarkan pelbagai informasi trak manakala skrin tengah berukuran 9-inci

 



 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here