Baru tiba seminggu GR Yaris Kansai D1 Edition ‘total loss’ kemalangan

7561

Baru-baru ini tular kemalangan sebuah Toyota GR Yaris Kansai D1 Edition yang rosak teruk (total loss) di Putra Height.

Hatchback tersebut dipercayai milik pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim. Suami kepada Mona Allen itu pernah berkongsi proses kustom GR Yaris tersebut di akaun Youtube miliknya. Bahkan kereta itu baru tiba ke Malaysia dari Jepun sekitar seminggu lalu.



Pekin berkongsi video penjelasan kemalangan berkenaan selepas kejadian tular dan ramai yang bertanyakan khabar dirinya. 

Dia menjelaskan rakannya yang memandu kereta tersebut ketika pulang dari kedai makan.

“Kemalangan tersebut berlaku sekelip mata, ramai hubungi tanya khabar, ingat aku bawa kereta.

“Kereta itu bukan aku bawa, member aku bawa. Semua selamat tiga orang dalam kereta, cuma cedera patah bahu dan dalaman, itu kita takut, diaorang masih lagi dalam rawatan,” jelasnya yang masih tidak mengetahui punca kemalangan. 

Dia mengakui sayang dengan GR Yaris tersebut kerana proses kustom dibuat daripada ‘kosong’. Namun, Pekin menganggap bukan rezeki dan mendoakan rakan yang terlibat sembuh dengan segera.

“Kereta itu baru coating, pengajaran berhati di jalan. Dapat kereta member, test cuba dulu biasakan dengan jentera, mesin. Buat macam kereta orang senang cerita. Tak boleh nak salahkan sesiapa.

“Benda ini aturan Allah, mereka (rakan-rakan yang terlibat kemalangan) masih hidup sudah cukup buat saya rasa bersyukur alhamdulilah,” kongsinya. 

Selain itu, Pekin juga menolak spekulasi yang menyatakan rakannya itu berlumba ketika kejadian berlaku. 

 

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here