[Video] Baru dapat 6-jam, Nissan GT-R R35 milik Muiz Hot Chicken kemalangan

966

Malang tidak berbau, tiada siapa dapat mengagak kecelakaan yang akan berlaku. Sentiasa bersangka baik dan positif dengan kejadian yang menimpa.

Seperti mana pemilik Muiz Hot Chicken, Muizzudin Remle, baru-baru ini yang terlibat dalam kemalangan ketika memandu Nissan GTR R35 yang baru saja diterima.

@abg.muiz

Alhamdulillah 🤲🏻✨ #abgmuiz #muizhotchicken #ayamgorengmuiz #gtrr35

♬ original sound – ABG.MUIZ



Namun begitu, Muiz bersama isteri tidak mengalami kecederaan teruk dan bersyukur masih dipanjangkan usia. Jelasnya, harta boleh dicari tidak nyawa.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok miliknya, Muiz teruja menerima kereta idaman GTR R35 tersebut.

@abg.muiz

Bersyukur sangat2 masih diberi peluang untuk bernafas secara sihat lagi 🥹🤲🏻✨ #abgmuiz #gtrr35 #excident

♬ original sound – ABG.MUIZ

“7/7/2023 tarikh bermakna. Hari yang ditunggu sudah tiba, aku berjaya memiliki kereta idaman GTR R35. 

“Tapi semua tu Allah pinjamkan, sekejapje untuk saya. Malam tu otw balik ke Muar, kami kemalangan,” tulisnya.

Difahamkan, Muiz hanya sempat menggunakan kereta sukan itu enam jam sebelum kemalangan di Kuantan. 
 
Menerusi imej yang dikongsi, bahagian depan dan sisi kanan belakang mengalami remuk selain lampu depan pecah. 
@boss_popcorn

NISSAN GTR35 EXCIDENT !! ALLAH BAGI RASA UNTUK 5 Jam sahaja😔✨ ? Doakan sahabat saya kuat@ABG.MUIZ #fyp #bosspopcorn#r34spoon#r35 #muizhotchicken

♬ original sound – BOSS POPCORN – BOSS POPCORN

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen selain mendoakan pemilik kereta tersebut.

“Jalan basah dan licin kereta pulak hp tinggi perlu kemahiran 1-2 bulan untuk control bukan mcm kereta biasa, semoga dipermudah urusan.”

“Kereta tu cuma pinjaman dunia..amanah dari Allah adalah isteri..jaga la isteri lebih dari harta dunia…semoga dipermudahkan segala urusan.”

“Jangan tekan minyak smpai meter tidur bang .. ini la jadi , pengajaran buat kita semua .. kita semua mampu membeli tapi blum tentu mampu memiliki.”

 

 

 

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here