Parkir laluan OKU, DBKL ‘angkut’ 22 buah motor

353

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 22 motosikal yang diparkir di laluan orang kurang upaya (OKU) dan siar kaki sekitar Jalan P Ramlee serta Jalan Ampang, Kuala Lumpur, semalam.

Menerusi siri tindakan berkala sekitar kawasan tumpuan (hotspot) tersebut, kesemua motor berkenaan dialih ke Depoh Simpanan Tunda Kenderaan DBKL Jalan Pahang untuk tindakan lanjut dan diberikan kompaun dan tahanan sementara.
 
Tindakan penguatkuasaan dilakukan menerusi kesalahan dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
 
Pihak DBKL menasihati pengguna jalan raya dan pemilik premis agar mematuhi peraturan dan isyarat lalulintas yang ditetapkan pihak berkuasa dan memastikan kenderaan (motosikal /kereta) diletakkan ditempat sepatutnya tanpa menghalang dan menggangu pejalan kaki atau kelancaran lalulintas.
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here